salam alayk..
ntah kenapa, dalam fasa warming-up kembali jari-jemari ini, dlm paleotk hanya ada pikiran tentang cheenta sokmo..hahaha..(tapi ia tidak tertakluk kpd cinta kpd manusia semata-mata..cinta pada katil, gitar, hanpon juga takes account..)
1 stori yg klaka..yg jumpe ntah di mana..tp kaya dgn hikmah..walopun sumber nya dari sumber yg pelbagai..besides, himah tuh milik sesape yg jumpe kan, maka mari kita selami kisah cinta berikut...
Persoalan: Saya seorang model wanita yg sexy, bergaya, elegen, anggun, menawan, menggoda..yada2.".APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN AGAR SAYA DAPAT KAWEN DENGAN LELAKI KAYA-RAYA?!"
Berikut adalah dilemma seorang wanita yg merasakan dia memilki aset teragung di dunia, yakni cantik rupawan yg melayakkan dia utk bertanding dalam merebut cinta seorang lelaki kaya..
Catatan Hati Seorang Wanita Chaaaaantek:
Saya akan jujur dengan apa yang aku katakan. Usia saya 25 tahun. Saya sangat cantik, bergaya dan memiliki selera yang tinggi. Saya berharap dapat lah kiranya kawen ngn lelaki kaya-raya yg mempunyai GAJI / PENGHASILAN > $500 RIBU (RM 500 000) setahun..
Anda mungkin akan berkata kalau saya termasuk p0mpuan materialistik (bukan pompuan murahan ye), tapi kelompok yang mempunyai penghasilan +- RM 1 juta setahun pun masih termasuk kelas menengah di Kuala Lumpur . Permintaan saya tidak setinggi itu. Ada tak sesape Lelaki dekat2 sini yang berpenghasilan > RM 500 ribu per tahun? Korang sume dah kawen blom? Saya nak tanya la sgt2 apa yang pat0t saya lakukan untuk dapat kawen dengan orang2 kaya-raya seperti Anda?
Di antara Lelaki yang pernah memegang title sbg balak ku suatu masa dahulu, yang terkaya pun hanya berpenghasilan RM 250 ribu "je" dan ini lah pencapaian tertinggi yang pernah saya capai (bangga btol saya). Jika seseorang ingin pindah ke perumahan mewah di Damansara or kawasan2 elite di ibu kota sana , penghasilan RM 250 ribu tentu tidak cukup (bagi saya tak cukup lagi tuh).
Beberapa hal yang ingin saya tanyakan:
1. Agak2 korang la kat mane kebanyakan Lelaki2 kaya-raya bertemu & berkumpul? Sesape ade cable dan network yg baek dgn mereka bley tak kiranya saya nak mintak nama berserta dgn alamat BAR ke, DISCO ke, RESTORAN or GYM yang sering dikunjungi oleh lelaki2 ini?!.
2. Agak2 lelaki2 dalam range umur brape yg sesuai utk dan memenuhi kriteria saya. Saya taknak la yg kaya-raya duit je, tapi yang "bab itu" tak kaya-raya..(rugi ah saya camtu)?
3. Kenape ek muka istri2 Dato', Tan Sri atau orang2 kaya sume cam biase2 jer, takde ah lawa mne pun sy nengok (even sy 100x lbey lawa)? Pernah je sy jumpe ngn pompuan2 camnih, yg rupe ade yg stock kipas, almari, rak kasut, tapi boleh jer kawen ngn laki2 kaya (ape rahsia anda?!)
4. Apa pertimbangan Anda duhai jejaka2 kaya-raya dalam menentukan istri dan siapakah yang layak dan sesuai menjadi aweks2 Anda?
Terus terang, tujuan saya sekarang adalah untuk kawen cepat (sangap neyh). 
Dalam Dilemma,
Gadis Jelita
ye..readers sekalian..kita tlah lihat bagaimana dilemma seorang gadis jelita (jelita la sangat..?) yg ke-sangap-an beriye-iye dia nak kawen ngn Lelaki/Jejaka KACAK, KACIS, MENAWAN, dan most important is KAYA-RAYA (duit berjuta-juta lemon dlm bank)
dan Dilemma Gadis Jelita ini terjawab oleh seorang yg ahli financial yg berkerja di Bursa Saham..(tak kesa la Wall Street ke BSKL ke ape2 ah..) mari kita selami sudut pandang seorang LELAKI yg berkeja di dlm bidang bursa saham ini..
Jawapan:
Dear Gadis Jelita,
Saya terbaca dilemma anda di mana tah, saya dah lupa (yg pasti bukan di youtube)..sy sgt enthusiastic mendegar cheritera saudari ini..dilemma yg saudari alami surged my adrenaline to a peak eventhough saya sehat walafiat dan sy bukan pms pd waktu itu.. Saya yakin sebenarnya banyak gadis2 yang memiliki pertanyaan se-wavelength dengan Anda. Izinkan saya untuk meng-analyse situasi Anda dari point of view sbg seorang professional investor..Saudari, Penghasilan tahunan saya LEBIH dari RM 500 ribu ni dah tentu2 memenuhi kriteria Anda. Jadi, saya harap setiap orang (terutama yg se-lamda dgn anda) akan percaya bahwa jawapan saya cukup credible dan takkan bazir masa anda utk mendengar nya..
Dengar dan renung2kna wahai saudari (weyh ko nak pantun ke ape neyh?!)
Dari sudut pandang seorang Bussinessman (cam sy yg macho ni hah), berkahwin dengan Anda adalah satu KEPUTUSAN YANG BURUK . Jawapan saya sangat sempoi dan akan saya jelaskan.
Kita abaikan dulu all the details yang saudari tanyakan. Sebenarnya apa yang ingin saudari lakukan ni adalah sebuah exchange atau satu pertukaran antara "kecantikan" dan "wang". Saudari selaku Gadis Jelita (full-package, tip top) akan menyediakan KECHANTEkKAN dan si Jejaka yg kaya-raya akan MEMBAYAR untuk itu. Seems fair enough for me though. Tapi ada problemo yg agak fatal kat sini. Kecantikan Anda akan luput di mamah usia (as u were ageing), tapi wang dan harta saya tidak akan lesap camtu jer tanpa alasan yang jelas (laen la sy muflis or whatsoever). The FACT is penghasilan saya MUNGKIN akan meningkat dari tahun ke tahun. Tapi, Anda SUDAH PASTI takkan bertambah cantik tiap tahunnya (anda makin tua-bukan makin muda, upload that dlm paleotak anda please). Since mende ini di lihat dari sudut pandang ekonomi: saya adalah asset yang ter-apresiasi sedangkan Anda adalah aset yang ter-depresiasi. Depresiasi yang Anda alami bukan depresiasi normal, tapi depresiasi exponential. Jika hanya ini asset yang saudari ada, nilai Anda akan sangat mencemaskan 10 tahun kemudian. 
Dengan menggunakan istilah yang kami gunakan di Bursa Saham, setiap perdagangan memiliki sebuah position.Maka nak kapel mahupun berkahwin dengan saudari juga memiliki "posisi perdagangan" . Jika nilai aset yang didagangkan menurun, maka kami akan menjualnya. Bukan idea yang baik untuk mempertahankannya (mende dah rugi en, jual je ah). Begitu juga dengan pernikahan yang Anda inginkan. Saya sangat kejam untuk berkata seperti ini, tapi untuk membuat KEPUTUSAN BIJAK, aset yang menurun nilainya akan dijual atau disewa (in context, anda berisiko utk di talak oleh suami anda).
tambahan pula, Jejaka dengan penghasilan > RM 500 ribu tentu bukan orang bodoh (dorg bukan calang2 orang). Kami akan sanggup utk berdating or kapel dengan Anda, tapi tidak akan sanggup utk kahwen dgn Anda.
Cadangan saya: lupakan nawaitu anda dalam mencari petunjuk/tips bagaimana cara menikahi jejaka kaya. Usaha Anda untuk dapat membuat diri Anda kaya dengan berpenghasilan RM 500 ribu, LEBIH BERPELUANG (modelling ke, bisnes ke, ape2 je ah) compare to mencari jejaka kaya yang bodoh.(maen dgn probability ye)
Lets say, anda berkerja dgn sungguh2, jadi model, pahtu jadi pelakon, kalo market lagi diva so and so..maka peluang anda utk kaya WITH WHAT YOU HAVE lebih cerah berbanding dgn perancangan anda utk kawen dgn Jejaka kaya..
Moga2 jawapan saya dapat membantu anda di masa2 akan datang...
Yang jujur alam,
Jejaka Kaya..
-selesai-
**what say you?!**
.: cHeEntA bUrsA sAhaM :.
Friday, May 22, 2009 |
Chapters:
cheritera tentang CINTA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






6 comments:
aku baca comment ko ni kul 2.30 pagi
power gila ar ayat jejaka kaya tu..
klau pompuan tu terbaca..
mmang terasa gila ar
btw...aku cam pernah baca jek artikel ni...
hmmmm.....
eyh silap
*baca entry ko kul 2.30 pagi
*sejam lepas ko bace entry aku neyh, aku comment tepat jam 3.50 am, waktu semenanjung mesia*
seb bek ko bkn pompuan cmtuh....(kot)..hahaha..tapi kalo lah ko nak cam pompuan materialistik tuh, ko kekurangan 1 asset TER-penting yakni kecantikkan...(hahaha)..
walopun itu asset yg ter-depreseasi-degrade with time-umpama hydrogen peroxide di biarkan di open air, namun ko masih tiada asset tersebut..so ko harus berbangga kerana ko takkan bisa jadi spt wanita jelita itu...hahaha
All I can do is laugh. haha :P
Some people have weird ambitions now don't they? What a criteria to be placed on a guy.
ni 1st time ak komen..haha..
isu ni terlalu "x logik"...huhu
rm 500k setahun??
huhu..agak logik laa sebenarnye...tapi kawen ngan CEO laa hahaha...
sebut pasal bursa msia...fyi, CEO die gaji 80k sebulan..so, darab 12bulan is equal to rm 980k setahun tak termasuk bonus...mayB dis gurl should amek CEO ni..haha...
kalo x nak pun..amek laa sape2 workers kat marketing department kat bursa tu, bley dapat bonus 36 bulan tau..haha, konfem cukup kan..huhu
Post a Comment