RSS
Showing posts with label cheritera tentang KITA. Show all posts
Showing posts with label cheritera tentang KITA. Show all posts

p/s: "I L-0-V-E YOU"

Salam alayk…


Dengan nama Allah yang MahaPengasih lagi Maha Penyayang…

Selawat dan salam semoga tercurahkan ke atas junjungan mulia Nabi SAW, keluarganya, para sahabat, tabi’in, dan mereka2 yang mengikuti setelah nya…


Setelah lebih kurang 3 bulan, blog ini menyepi, sepi dari rhapsody tari-menari jari2 kecil ini, mengalunkan rentak tari di atas papan kekunci…kini…saya rasa sudah tiba masa nya untuk jari2 kecil ini kembali beraksi semahu-mahunya bagi menghiasi blog usang ini, yang semakin lama semakin pudar di mamah usia…Ampun dan maaf juga buat yang sering berkunjung kemari, namun di kecewakan dengan ketiadaan update2 yang terbaru dari saya…


Maaf Zahir dan Batin…


Oleh kerana kita tlah tiba di bulan suci dan penuh keberkatan ini (kaf-ba-ra-kaf-alif-ta-nun), molek lah kira nya saya yang sudah tidak menulis ini berkongsi sedikit informasi buat tatapan yang sudi berkunjung lagi kemari…


Seperti biasa, blog ini berserta seisi nya tidak lah wajib apatah lagu harus untuk di baca buat yang berkunjung…hal ini kerana sekali lagi ingin di nyatakan bahawa blog ini hanyalah peneman kepada penulis yang sepi…serta nota peringatan buat diri sendiri dalam mengaca dan mencermin diri dalam maksud usaha memperbetulkan diri hari demi hari sebelum jasad ini rebah ke Bumi…


Adapun begitu, blog ini masih berada dalam keadaan yang waras, maka membaca nya dalam kondisi yang tidak waras boleh menimbulkan effect sampingan yang kurang menyenangkan (lagi2 jika jiwa sedang kacau-cepat2 tekan alt+f4).


TAMMAT MUQADDIMAH…


Kenapa ya ada nya bulan yang di panggil Ramadhan ini?! Buat susah2 je kan…?! Imagine…puasa sebulan penuh, tak boleh berkelakuan yang pelik2 (masuk air@sengal), mak ayah kat umah suruh mengaji Quran (padahal sebelum nih ngaji cket2 je)….itu baru siang nya…Malam pulak, makaih…solat tarawikh lagi- lama gile kot…Imam pulak boleh bantai baca surah2 panjang2, sehari 1 Juz katanya…ini boleh menyebabkan anggota2 tubuh kehilangan molecule2 ATP dengan begitu pantas, sehingga ada yang cramp2 sewaktu solat di masjid/surau…as a result, HW+ assignment yang menimbun tak siap, time lecture tak boleh concentrate – nak TIDUR sokmo!!! Yang best nya Ramadhan Cuma 1- Bazar Ramadhan yang dengan beraneka jenis kuih-muih (murtabak ayam, cakoi, ayam golek, etc..)


Adakah anda termasuk manusia2 yang punya pola fikir seperti yang tertera di atas?! Ataupun paling busuk pun that kind of thought pernah suatu tika dulu singgah di kotak fikiran anda?! Atau anda semua termasuk yang OK-OK je terhadap Ramadhan – seperti nya rutin2 harian yang perlu di jalani macam tak ada apa2 significant – sekadar tradisi yang boleh kita “taken for granted” ?! Begitukah?!


Kalau Ya, maka anda agak sedikit beruntung kerana mata anda menatap pada monitor PC yang mungkin boleh me-reverse-kan kembali apa yang berada di benak fikiran masing2…


Now, let’s see…Where to start?!


Firstly, jom kita ubah paradigma berfikir kita terhadap bulan Ramadhan ini…Jap2…Anda semua tahukan Paradigma itu apa?! Yang pastinya, Paradigma tak ada kaitan langsung dengan Sukan Paralimpik, ataupun Parasuit hatta Paragliding sekalipun…jauh sekali punya persamaan dengan Para-Para Sakura…hurm…Paradigma juga bukanlah sejenis juadah berbuka puasa, akan tetapi Paradigma itu merupakan cara pandang kita terhadap sesuatu..am I making myself clear?!


Kenapa paradigma?! Psychologist claimed that “You are what you think” : Kamu adalah apa yang kamu fikirkan!!. Untuk mengukuhkan hujjah,kita lihat sepotong hadith Qudsi di mana Allah menyebut “Aku seperti persangkaan hambaKu terhadapKu…” Hal ini menjelaskan betapa pentingnya paradigma.


Jadi, kalau selama ini kita melihat bahawa Ramadhan dan segala pakej2 nya (puasa, tarawikh, sedekah, mengaji, tahan nafsu etc) sebagai satu BEBAN, maka kita sendiri merasa sangat berat untuk melaksanakannya.. Kalau rasa pun dah berat, apatah lagi nak maintain sehari suntuk.. Sejam puasa rasanya seperti setahun…Mulut rasa cramp, gigi rasa nak mengunyah sepanjan masa.. at the end of the day, Puasa kita tidak akan membawa apa2 erti kalau kita berkelakuan seperti di atas…


So macam mana kita nak trigger otak kita untuk kita boleh berpuasa dengan jayanya dan memoticvasikan diri kita untuk tegar di jalan Nya selama 1 bulan penuh (buat yang tiada uzur syar’ie) ?!


Cuba kita bayangkan bahawa Ramadhan ini ibarat nya seperti hadiah ter istimewa dari Tuhan buat hamba nya yang tersayang..Wah..Tuhan hadiakan kita dengan bulan Ramadhan simply because WE ARE SO SPECIAL…sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita baca L-0-V-E latter dari Tuhan – baca slow2, biar terasa kehangatan cintaNya…


“Hai orang-orang yang beriman, di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah:183)


Sekali lagi, cuba kita bayangkan…Suatu hari, kita dapat surat..bukan surat biasa…warnanya Pink lip-lap-lip-lap (macam highlighter)…surat itu terselit di celah2 buku text Biology A2 Pearson kepunyaan kita..bila buka sahaja surat tu…uish..semerbak harum walaupun tiada kelihatan sebuk2 putih bertaburan (bedak wangi, bukan dadah!!)…ada tulisan : “Special buat Abang Farhan” (assume that nama anda Farhan..haha)..pergh...intro dia sahaja sudah membuatkan sympathetic nerve berkerja lebih masa-maka hati ini lub-dup-pause-lub-dub-pause dengan kadar yang amat pantas…



Surat Pink ini di awali dengan kata sapaan yang sangat mengghairahkan (erk?!)… hangat dan menggetarkan. Kehangatannya memberikan semangat. Di awali dengan memberikan PENGKHUSUSAN (specific) kepada ORANG YANG DI TUJU…Imagine (lagi skali) kalau surat pink dalam drama fiction di atas – bunyinya.. “Buat sesiapa je yang menemukan dahulu surat pink ini…” pasti hambar bukan?!


So, lagi dan lagi lets imagine…di antara gazillion manusia yang mendiami Bumi yang sedang di landa Global Warming ini, KITA (mukmin) yang di KHUSUSKAN!!! Kitalah yang secara ISTIMEWA nya mendapatkan love latter ini dari Allah. Wei..KITA: bukan orang lain pun..padahal bersepah orang lain lagi atas Bumi ini yang jauh lebih bijak, pandai, bagus, dari kita…banyak orang yang lagi kaya, hebat, mantap dari kita…dan sah2 lagi banyak orang lain yang jauh lebih hensem, cun, anggun, kacak dan bergaya dari kita…tapi mengapa KITA?!


Once again- simply because we are so special!!!


“(iaitu) dalam hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah bagi ia berpuasa) sebanyak hari-hari yang di tinggalkan itu pada hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya, (wajib bagi mereka) membayar fidyah : member makan seorang miskin. Barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan itu (puasa), maka itulah yang lebih baik baginya. Dan Berpuasa itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui…” (Surah Al-Baqarah:184)


Amazing!!!, ayat ini menunjukkan bahawa cintaNya memang Maha Dahsyat.Dengan penuh concern nya, Allah memahami kelemahan2 kita, beragam halangan2 hambaNya. Islam itu adalah agama yang sesuai dengan kemanusiaan, kerana asal muasal nya juga dari Sang Pencipta manusia itu sendiri. Oleh sebab itu, kelemahan manusiawi kita seperti sakit, musafir, etc pun dapat banyak keringanan (rukhsah)…Procedure nya sangat2 simple – tak berbelit-belit macam nak buat VISA for example…haa..kalau tak boleh puasa, lepas habis Ramadhan boleh qada’…kalo tak larat- tak boleh nak qada’- boleh bayar fidyah (member makan orang miskin selama sehari penuh) sahaja…


**tertakluk kepada terma dan syarat la kan untuk dapatkan Rukhsah nih** (kalo setakat abes class lambat-pukul 4 misalnya, nak dapat rukhsah berbuka…hurm…)


Mari kita teruskan membaca bait-bait surat cinta yang berwarna pink itu:


“(Beberapa hari yang di tentukan itu ialah) bulan Ramadhan. Bulan yang di dalamnya di turunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dengan batil)…” (Al-Baqarah:185)


“…Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu…(Al-Baqarah:185)


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang mendoakan kepadaKu apabila ia berdoa kepadaKu” (Al-Baqarah:186)


Dalam “surat cintaNya”, Allah menjelaskan dengan molek sekali bahawa puasa itu adalah untuk KEBAIKANmanusia. Puasa itu bakal memberikan kebaikan yang banyak bagi manusia, jika mereka mengetahuinya. Bahkan Allah sendiri menjanjikan commitment cintaNya dengan claim – “Jika hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat”…


Waliowei..Kita- manusia biasa, yang lemah dan bergelimang dosa, kadang kala sampai ade sesetengah yang menyelam dalam lautan dosa – ternyata sangat di cintai oleh Nya, sampaikan Allah sendiri buat pernyataan sedemikian (tapi kita tak sedar2 juga)…ntah2 selama ini kita yang menjauh dari Allah sebenarnya – dan bukan sebaliknya…Naudzubillahmin dzalik!!


Hasan al-Banna, member komen tentang ayat di atas: “Hakikat agung yang terkandung di dalam nya adalah bahawa Allah SWT mendorong kita untuk bermunjat dan memohon kepadaNya dalam keadaan yang PALING DEKAT kepada Sang Rabb…


“Agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (Al-Baqarah:186)


So-its stated crystal clear in the Quran that ALLAH LOVE US…Allah menginginkan kita tetap berada dalam kebenaran dan mendapatkan banyak kebaikan. Bahkan, untuk itu pun Allah memberikan banyak sekali kemudahan dan keringanan buat kita.



“ALLAH SANGAT MENCINTAI KITA & RAMADHAN ADALAH SALAH SATU TANDA CINTANYA”


Next, lets jump to the evidence @ proof: Apa buktinya Allah cinta pada Kita?!


Dalam cintan-cintun ala manusiawi, seringkali cinta cuma sekadar apa yang di ucapkan di lidah sahaja. Tak ada bukti yang konkrit. Ala, biasa lah..cinta manusia..Makanya, cinta bukan hanya di lidah semata-mata, tapi memerlukan pembuktian dari apa yang di lafazkan..dengan melestarikan BUKTI baru kita tahu kesungguhan cinta yang di berikan..(wah terlebih sudah!)


“Jika Ramadhan datang, pintu2 Syurga di buka, pintu2 Neraka di tutup, Syaitan2 di belenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah yang Maha Besar – “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Wahai pencari kebaikan, kemarilah! “ (Shahih Al Bukhari & Muslim)


Hadith di atas menunjukkan kita bahawa Ramadhan adalah moment khusus yang di berikan buat kita Cuma setahun sekali…its like a Love Moment- a very special one!!! Banyak betul bonus2 istimewa yang hanya di berikan oleh Allah dalam moment istimewa ini – only during this short period of time (Sebulan je..tak lama)


Berdasarkan penyelidikan yang saksama oleh para “Detective2 kebenaran”, inilah BUKTI-BUKTI yang tak boleh di bantah. Tidak sama sekali, apatah lagi tiada di temukan alibi yang boleh mematahkan bukti-bukti di atas…


PERTAMA: Pintu Syurga di Buka


Syurga yang di dalamnya terdapat banyak kenikmatan yang belum pernah di rasakan seorang pun manusia di dunia – DI BUKA LUAS-LUAS. Seakan-akan terbuka untuk public. Kandang Lembu atau Kambing yang rosak pun pintu nya tak pernah terbuka seluas-luas begitu. Syurga yang Maha Indah dari itu malahan di buka seluas-luasnya buat siapa?! K-I-T-A…

Berikut merupakan beberapa gambaran tentang Syurga yang di lakarkan oleh Allah dalam Al-Quran. Allah melukisnya dengan gambaran yang sangat dekat dengan nikmat2 seharian kita (analogi paling similar untuk mudah di fahami). Namun, kita perlu yakin bahawa Syurga yang di sana pastinya jauh lebih lebih luar biasa daripada apa yang kita imaginasikan dalam benak kita…


“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan..

Iaitu kebun-kebun dan buah anggur,

dan gadis-gadis remaja yang sebaya,

dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman).

Di dalamnya, mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak pula dusta,

Sebagai balasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak,

Tuhan yang memelihara langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya;

Yang Maha Pemurah…” (Surah An-Naba’:31-37)



KEDUA:Pintu Neraka DI TUTUP



Neraka adalah tempat terakhir yang bakal di pilih jika manusia punya pilihan untuk hidup di mana2 yang mereka suka.Berulang kali di sebutkan dalam Al-Quran bahawa nerakalah “SEBURUK-BURUK TEMPAT UNTUK KEMBALI”


“Dan orang-orang yang kafir terhadap Tuhannya memperoleh azab Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”. (Surah Al-Mulk:6)



Cuba rasakan betapa scary dan terror nya keadaan Neraka itu. Visual neraka di gambarkan melalui kata-kata yang seolah-olah nyata melalui ayat di atas. Neraka, berserta pakej kengerian nya, di visual kan sangat hidup!!!


“Apabila mereka di lemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan…sedang mereka itu menggelegak..! Hampir-hampir neraka itu pecah lantaran marah…! (Surah Al-Mulk: 7-8)


Jelas sekali- thriller dan terror dari movies seperti Friday the 13th, Nightmare on The Elm Street (and any other horror movies, you named it) tak standing dengan horror nya neraka. Neraka yang luar biasa luasnya, penuh pula dengan api yang menggelegak, meraung dan mengerikan, sangat2 MARAH pada manusia2 yang malahan boleh pula BERATUR untuk memasukinya…


That’s only the intro. The ‘best’ part is..


“…menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampui batas, mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya…” (Surah An-Naba’:22-23)


Hurm…dahsyat tak dahsyat la kan…Ok..Pernah tak anda masuk ke bilik yang tak ada tingkap-ventilation fan pun tak ada..rasa pengap, panas, sesak nafas, nak sangat cepat2 keluar dari situ kan..Cuba imagine pulak kalau di campakkan ke dalam neraka, tinggal di dalamnya – “berabad-abad lamanya…” Padahal, even 1 minute pun pasti dan pasti sudah sangat menderita..Uish!!! Naudzubillahi min dzalik!!!


“…mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya, dan tidak pula mendapat minuman…selain air mendidih dan nanah…” (Surah An-Naba:24-25)


Lagi dan lagi, cuba anda imagine…Anda sedang naik train (KTM, Putra, LRT, Monorail etc) dari KL Sentral ke Shah Alam during Peak Hours. Train penuh sesak dengan manusia. Di luar, Matahari pula berdiri megah dengan teriknya-memancarkan sinaran direct to the train, sampai boleh nampak wap air evaporate dari track kereta api yang di lalui. Air cond dalam train pulak rosak. Pergh!!! Terasa haus sangat2 kan. Lepas tu ada budak kecik duduk di depan kita, tak puasa, meneguk air RIbena Lemon Twist semahu-mahunya…Aiseyh…boleh bayang tak azab nya duduk dalam train macam ni?!


Itu baru panasnya dunia. Di neraka nanti rasa hausnya pasti dan pasti jauh berlipat kali ganda dari situasi di atas. Tekak kering, tubuh kepanasan sampai kulit2 menggelupas…


“Sesungguhnya Neraka itu api yang bergejolak…yang menggelupaskan kulit kepala..” (Al-Ma’arij:15-16).


Pasti air sejuk menjadi sesuatu yang di impikan oleh para penghuni neraka. Sayangnya, di neraka tak akan pernah ada yang namanya air sejuk…yang di sediakan Cuma air mendidih dan nanah!!! (bukan nya menghilangkan haus, ber tambah2 haus lagi ada!!!) Naudzubillahi min dzalik!!!


Haa..nasib baik adanya Ramadhan! Kerana besarnya cintaNya, pada bulan teristimewa ini Allah memberikan HADIAH yang istimewa buat kita. Neraka, yang raungan nya menyeksakan telinga bagi sesiapun yang mendengar nya, bakal di tutup rapat2..(usually, bersepah orang beratur untuk masuk neraka)


“…memanggil orang yang membelakang dan berpaling (dari agama), serta mengumpulkan (harta benda) lalu menyimpannya…” (Al-Ma’arij:17-18)


KETIGA: Syaitan di Belenggu @ Ikat + Rantai



“…Sesugguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu…” (Surah Yaasin:60)


Syaitan-dengan variasi yang pelbagainya, adalah musuh yang nyata bagi manusia-DULU-KINI-dan SELAMANYA…Dari dulu lagi permusuhan ini sudah mengakar dalam diri mereka. Kita imbas kembali peristiwa mereka menggelincirkan Adam a.s dan isterinya Hawa dari Syurga suatu ketika dahulu.



“…lalu keduanya di gelincirkan oleh syaitan dari Syurga itu dan di keluarkan dari keadaan semula (kenikmatan syurga), dan kemudian berfirman: ‘Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh dari sebahagian yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di Bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang di tentukan” (Surah Al-Baqarah:36)


Nasib baik, Adam a.s segera menyedari kesalahannya, dan bertaubat. Dengan cintaNya yang sangat mendalam dan ampunNya yang luas, Allah mengampuninya…


“Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang…Kami berfirman: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barangsiapa mengikuti petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati…” (Surah Al-Baqarah:37-38)



Sangat jelas akan pe’el syaitan ini. Konspirasi yang di rancangnya dengan begitu molek tidak berhasil dengan sempurna. Manusia masih selamat, asalkan jika datang petunjuk kebenaran, mereka mengikutinya. Maka bermulah episode baru-sebuah konspirasi sepanjang masa. Iblis dan syaitan2 serta keturunannya membangunkan gerakan bawah tanah- “Yakuza Syaitan” yang bermisikan: menyesatkan anak cucu Adam sampai Kiamat dan menghalangi mereka dari petunjuk kebenaran.


Mereka beraksi dengan teknologi yang luar biasa canggih. Mereka melakukan operasi mereka- “Ops Sesat” setiap saat, dari atas-bawah-kiri-kanan-depan-belakang! Kata Rasulullah saw mereka beroperasi via our blood vessels. to put it simple-selama kita masih hidup, selagi mana mengalirnya darah in our vein, kita bakal terus menerus di goda oleh syaitan dan konco2 nya. Berduet dengan Nafsu- pasangan Syaitan-Nafsu ini terus beraksi-bergelut dengan fitrah.


Maka..di bulan Ramadhan, syaitan di eliminate dari competition ini (no longer appear in food chain-not even the bottom of the chain) Tinggal lagi Nafsu yang boleh menghalangi fitrah kita. Para syaitan2 yang berkaliber- berdasarkan apa yang di katakan Rasulullah-DI BELENGGU. Mereka tak akan boleh lagi bermaharajalela menggoda manusia. Tapi yang aneh nya, sepertinya ada sebilangan manusia- dengan pengaruh nafsu- terasa “Rindu pada Syaitan” dan seakan-akan berkata: “Come on syaitan, goda la kitorang lagi!!!” – berdasarkan perilaku serong mereka di bulan mulia ini.


Hurm..One more thing…jangan pandang rendah terhadap pasangan duet nya syaitan ini- Nafsu! Walaupun tiada geng, Nafsu sendirian masih cukup perkasa untuk menaklukkan hati2 manusia yang lalai. So keep on figting, tundukkan nafsu kita di bulan mulia ini…


KEEMPAT: Pahala di Lipat-gandakan



Seharusnya, di bulan mulia ini kita BERBURU PAHALA dan bukannya berburu SALE di mall…


Example- pahala mengucapkan tasbih. Ucapan tasbih yang di lantukan bulan Ramadhan di beri ganjaran 1000 @ Seribu @ One Thousand compare to bertasbih di hari2 biasa. Kata Rasulullah : “Sekali bacaan tasbih di bulan Ramadhan lebih utama dari seribu kali tasbih di bulan-bulan lainnya…(HR At-Tirmidzi)


Hadith lain- “…Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan satu perbuatan baik (sunat) di dalamnya, dia bagaikan melakukan satu perbuatan wajib di bulan lain. Barangsiapa melakukan satu kewajiban (wajib) pada bulan ini maka dia sama dengan orang yang melakukan tujuh puluh kewajiban di bulan yang lain…”


(Sunnah di beri ganjaran wajib- yang Wajib di hargai dengan 70x ganda..Mantap tak?!)


“Maka, nikmat Rabbmu yang manakah kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman – di ulang sebanyak 31x dalam surah ini!!!)


KELIMA: Menghapus Dosa-Dosa kita


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Solat lima waktu, dari Jumaat menuju Jumaat berikutnya, DARI RAMADHAN HINGGA RAMADHAN BERIKUTNYA adalah penghapus dosa-dosa di antaranya, apabila di tinggalkan dosa-dosa besar.” (HR Muslim)



“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap Redha Allah, akan di ampuni dosa-dosanya yang terdahulu...” (HR Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah)



Manusia adalah tempatnya salah dan lupa, begitulah pepatah Arab berkata-kata. Makanya, manusia seperti kita pasti dan pasti banyak sangat2 dosanya.


Kalau lah dosa itu sesuatu yang visible – misalnya sampah, dah tentu berguni-guni kita hasilkan sampai dah tak tahu lagi nak buang ke mana. Boleh jadi lori sampah Alam Flora itu pun tak mampu lagi nak kutip hari2- dan yang lagi teruk pusat perlupusan sampah penuh sesak (sikit2 lama2 jadi bukit…erk?!)


Untungnya Allah itu Ar-Rahman, Ar-Rahim, Maha Luas AmpunanNya, jauh lebih luas dari kejayaan kita mengumpul dosa sehari-hari. Ramadhan yang berasal dari kata “Ramdhan” bererti “MEMBAKAR”. Ini adalah bulan untuk membakar dosa-dosa kita yang menggunung. Jadi, mari lah sama2 kita manfaatkan peluang keemasan ini untuk men-delete-kan dosa2 dari account kita di bulan Ramadhan ini!


Sebagai konklusi-tak semua manusia di beri peluang dan kesempatan serta umur yang panjang untuk dapat bertemu dengan Ramdhan setiap kali ia tiba...ada yang pergi terlebih dahulu-just before Ramadhan come...so, kita yang masih hidup ini gunalah HADIAH TERISTIMEWA pemberian Tuhan yakni Ramadhan ini untuk Memanusiakan kembali Diri kita...


*ampun & maaf kerana post terlalu panjang-Qada' yang 3 bulan lepas punye entry"


Wallahualam bisshawab...Salam Alayk...


TAMMAT CHERITERA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~fr0m MaLaySiA t0 eGyPt ~

salam alayk...

Innalillahiwainnalillahirajiuun

  1. http://fathiyyah.blogspot.com/2009/06/1-maut-2-cedera-parah.html
  2. http://amanianz5.blogspot.com/2009/06/moga-kelapangan-di-kubur-buatmu-syurga.html
  3. http://muhammadabdullah.blogspot.com/2009/06/tribute-for-ammar.html
  4. http://www.ayuamiza.blogspot.com/

"Every soul shall have a taste of death: and only on the Day of Judgment shall you be paid your full recompense. only He who is saved far from the Fire and admitted to the Garden will have attained the object (of Life): for the life of This world is but goods and chattels of deception."( Aali Imran: 185)


**AL-FATIHAH**





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: tHE pAst VS tHe fUtURe :.

salam alayk...


sit back-relax-and enjoy these videos...







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ anebi[R]evive ~

salam alayk...




video di atas tiada kene mengena sama skali dgn p0sting ini..cuma ingin menyatakan kerinduan kpd band members - Pellucidion...(wei aku rasa aku nak perf0rm lagi ngn korg nxt sem..hoho)

Dalam Video di Atas:

1- Kuwe (maen laptop) : Manager band @ Sounde engineer
2- Asri (extremist) : Basist
3- Nuar (hujan) : Guitar rhythm
4- Alep (pencinta google) : Guitar lead
5- Larry  (gay?!) : Drummer
6- Paan (parasite) : Vocalist @ N95 cameraman

Lagu di atas : 1st n last s0ng kit0rg as a band - Pellucidion
Title: About A Girl (lagu asal by The Academy Is)


pada 29-31 May 2009 yang lalu, penulis bersama-sama sebilangan pelajar2 Intec UiTM Shah Alam telah pergi menjadi sepasukan sukarelawan bagi menjayakan program yg di beri nama "Relay For Life"- satu charity event bagi mengutip dana dalam mengisi tabung2 organisasi yg berasosiasi dgn pesakit2 KANSER spt NCSM, PINK UNITY, dan laen2...

bagi kanak2 ALM 9-setelah di temubual segelentir drpd mereka, kebanyakkan drpd mereka menyuarakan hasrat yg sama bila di tanya "Mengapa anda datang ke charity event sebegini?" - alasan mereka tak laen dan tak bukan adalah:

1- mahu lari dari membuat Biology Unit 3- Research Report
2- sudah b0san duduk 2 minggu di rumah kerana cuti2 malaysia yg panjang yg hanya berakhir pabila July tiba
3- mengisi masa lapang sambil beramal jariah- duduk di rumah pasti tidak dapat menjala pahal yg banyak; maka turun ke Bukit Jalil mengharapkan pahala dari acara2 kebajikan sebegini..

jwpn penulis: "If u d0nt develop the feeling of CARING to other people since the very beginning-u cannot b a GOOD doctor someday..."

 (jgn kata saya hipokrit; kerana mmg itu nawaitu sy datang ke Bukit Jalil kerana merasakan bahawa insan yg bernama doktor harus ada rasa CARE yg amat tinggi; dan itu yg meletakkan mereka di tempat mereka sbg doktor selain drpd otak mereka yg luar biasa dahsyatnya...maka, FEEL itu harus di timbulkan sejak dari awal2 lagi- tambahan pula org2 di sekeliling penulis selalu menghentam penulis me-label penulis sbg "budak takde perasaan" @ "emotionless" @ "heartless" @ "zombie" dan sebagainya...walopun label itu mungkin betul mingkin tidak benar sama sekali-namun hakikat bahawa 6 tahun lagi penulis insyaAllah akan beroleh MD. maka feeling itu tidak-mahu-tidak HARUS,PASTI,KENA juga di tumbuhkan dari dalam diri nya...)

bagi kanak2 adfp/actp pula- mereka dtg selain hajat ikhlas selaku sukarelawan; mereka mahu mengisi masa cuti weekend mereka dgn mende2 yg berfaedah (rather than keluar Mid/Sunway weekend cmtuh)...mungkin ada juga yg pergi utk menghilangkan stress kerana Summer Semester 3bulan hanya belajar either CALCULUS II or PSYCHOLOGY & ISLAMIC STUDIES...maka mereka memutuskan utk datang menambah saham akhirat mereka di Bukit Jalil sambil2 me-release tensi mereka kerana ber-'sekolah' tatkala rakan2 laen sedang cuti...

bagi kanak2 ALUK 6- mereka mmg unite giler...tak kesa la architecture ke engineering ke..sume cam rapat la sesgt..s0, dorg ni konvoi la beramai-ramai especially dak2 art nih dtg bukit jalil...

so-begitu lah sedikit sebnyk tentang mengapa dan apa yg membawa kami ke Stadium Bukit Jalil tempoh hari...

perihal mengenai apa yg kami buat sepanjang 2 hari itu tidaklah ingin saya k0ngsikan di sini kerana ianya tidak menarik jika di lakarkan sbg 1 st0ri (malas nak type actually-ini bukan diari@journal)...pengisian kali ini cuma menggarap sedikit sebanyak moral of the event yg penulis dapat collect dalam pada masa hu-ha-hu-ha kat sana..

dulu ade doktor bitaw saya bahawa-doktor nih masa kat meds skool jer mengadap buku text setinggi gunung, lepas keluar tuh patient la plak yg jadi text book kita...maka interaction kata bukan lagi dgn buku-tapi-dgn manusia yg juga berperanan sbg buku yakni mendidik dan memberi kita ilmu secara lsg mahupun tak sengaja ter-kasi kita ilmu tuh...

maka-moral of the event yg penulis dapat pada charity event nih juga di peroleh bukan dari buku; tapi dari interaction dgn manusia di sekelilingnya...

"Hikmah itu milik barang siapa yg menjumpai nya...tak kira kat ceruk bumi mana pun dia jumpa, once dia collect Hikmah tuh, dia berhak dan layak memilikinya...mungkin pada anda entry penulis sejak dia mula bl0ggin takde yg mengandungi Hikmah & Ibrah, tapi pada diri nya sendiri blog ini lah platf0rm dia berev0lusi"

STORI DE MORI 1

kisah ini mengenai seorang adek...yg mungkin salah satu sebab yg membawa dia ke charity event nih sebab salah seorang family members dia baru di diagn0se kena cancer- Lymphoma to be exact...imagine that, dia dtg event for cancer survivor-at the same time adek nih ada akak yg kena caner kat umh...betapa kuatnya la adek semangat adek nih..hurm..

stori nya begini..

malam kemuncak event pada hari itu: the Luminari (maen nyala2 lilin)..adek tuh duduk je kat kerusi stadium ses0rg...sambil2 dgr konsert, dia pun hanyut-tenggelam dgn emosi nya...tbe2 penulis pn ter-detik nak sms adek nih...belum pon sempat nak send sms, 1 sms masuk ke phone penulis..


Adek: teringat kat kakak..huhu..

Penulis: eyh..suddenly i was thinking bout ur sis!

Adek: heh..i just got ur msg...

Penulis: owh..sori2..kebetulan la plak..simultaneosly kot sms td ter-send...duduk blah mne nih-tak nampak pun?

Adek: 2nd r0w from the t0p..

Penulis: owh..k..nampak2..orang kat atas+kanan...tepi tangga...

Adek: k k ..nampak dah..nak nanges lak rasa..ingt akak..

Penulis: eyh2..rilex2..erm pekate g turun bawah sana, sumbat phone dalam paper bag tuh, later org call phone dari atas, so nnt hanya akan nmpk 1 blue lite emerged from ur ph0ne..style tak?!

Adek: hurm..phone nih pn akak yg pnye..

Penulis: adeh..speechless..tak taw nak ckp pe lg..k k, lets st0p sms..i'll let u have ur m0ment n0w..


kemudian..adek tuh pun turun ke track...melihat lilin2 yg di nyalakan..waktu itu lagu yg di nyanyikan adalah "You Raise Me Up"...memang k0yak lah dgr lagu cmtuh en..especially adek tuh-ble dia asek teringat akak dia kat umh yg sakit...tgh dgr2 lagu tuh, dia pn g sebelah room8 dia, peluk2, dan emo2 kat bwh tuh...lepas tuh..erm?!


Sahabat: "U gurls seems like have'nt met before?! tbe2 jer terus peluk2?

Mereka: diam...diam..terus diam..


sahabat itu pun terus naek ke atas, dan duduk di sebelah saya..lepas tuh..erm?!


Sahabat: u know what, gurls are weird..btol tak?!

Penulis: n y said that?!

Sahabat: erm ya la..just now u saw tak d0rg kat bawah tuh..all of a sudden peluk2, mcm tak pernah jumpe plak..pelik kan..

Penulis: ooo...bagi aku tak pelik..aku taw ape yg ko tak taw..

Sahabat: huh?!

Penulis: kalo nak phm perempuan, takley pakai l0gik..ade sebab npe dia turun bawah, peluk2 kwn dia tuh...

Sahabat: erm..still pelik gak..

Penulis: k..cmnih...erm..erm..kakak dia sakit cancer..sebab tu la dia terus je peluk2 kwn dia kat bwh tuh..dia tgh feelin2 kat bwh tuh..so biarkan la..

Sahabat: ooo..so its go0d for me to leave them d0wn there la kan?!

Penulis: hurm..betol2...


maka...kit0rg pun tgk je la dari atas dua org sekawan tuh peluk2 kat bawah, emo2...hurm..sgt sedih, di tambah dgn lagu lak time tuh yg koyak abeess..maka saya yg macho ni pn cam nak nanges jer rase..seb bek cr0wd ramai..jatuh ah market kalo nanges...

s0, lepas abes event tuh..penulis pn sms la balik adek tuh..

Penulis: erm..btw balik umh nnt kem salam kat akak ek..cakap kat dia dun worry..dia ade bnyk 'candle' around her..lagi2 dia ade 1 candle yg paling besar, paling terang fr0m all-which is adek dia sendiri..

Adek: i doubt she'd understand what u r g0in to say...tapi takpe la..just bitaw je..

Penulis: hurm..xpe..even dia tak paham, maybe angels ar0und her will make her understand..(org special mcm dia bnyk angels jaga)..myb inside her, dia paham kot..who knows..


penulis sendiri tak taw cane nak describe feeling tuh...kesian, sedayh, takot, sume campor2 jadi 1..even kita yg org luar nih, yg takde kaitan dgn d0rg pun rasa bley cmtuh...bkn ape, adek nih hanya ada 1 je kakak...pulak tuh tbe2 je kakak dia di uji dgn cancer...hurm..hanya org yg betol2 kuat jer yg tuhan uji dgn mende2 cmnih...apa yang penulis nak sampaikan kat adek tuh hanya:

"Jangan pernah sekali-kali putus asa, especially dgn rahmat dari yg di ATAS sana...di beri sehat harus syukur, di beri sakit juga harus syukur..imagine that candle @ luminari tuh ibarat HOPE utk kakak dia terus bertahan...even candle tuh kecik jer, cahaya pun takde lah terang mane, tapi jgn lupe bahawa keliling2 dia pun ada candles yg laen yg turut sama beri hope yg sama..s0, candle yg kecik, cahaya malap bila kumpol bnyk2 akan menghasilkan cahaya yg kuat...tapi tak sama dgn candle yg adek tuh sendiri punye- dan candle kepunyaan si empunya badan- candle tu la yg bersinar paling terang menggambarkan besar nya HOPE adek dan kakak tuh sendiri compared tuh kit0rg yg tepi2 nih"

p/s: hurm...org laen pasti tak paham ape yg penulis nak sampaikan kat sini..maybe hanya adek tuh n penulis jer yg paham kot dgn apa erti semua nih..

lesson kat sini adalah- syukur+sabar dalam ape jua ujian dari yg di 'atas' sana..yg penting kita kena jadi kuat mcm adek dan kakak tuh...tak taw camne adek tuh bley bertahan nak jaga akak dia, itu belom di tambah dgn masalah2 kehidupan dia sendiri lagi..hurm..papehal pun nak tak nak kena jugak jadi KUAT...


STORI DE MORI 2

kali ini st0ri mengenai penulis pulak...shift penulis dan beberapa orang rakan2 nya yg bernama Faris, Aqi dan spe2 tah lagi, lupe sudah (spe suroh korg lari curik tulang) bermula tepat jam 12.00 am dan ber akhir jam 4.00 am..satu team ade 2 shift, setiap satu selama 2 jam..dan team penulis ini sunggoh tegar nak stayup- that's y pilih nak kje time2 cmnih 4 jam direct non stop..nseb baek la kje kat MINUMAN jer...

kat gerai nih kit0rg jual:

1- air mineral cap ayam -> RM 1.00 (sejuk/panas)
2- air tin Mirinda (orange) -> RM 1.50 (sejuk baek punye)
3- air tin 7 UP REVIVE (isotonic) -> RM 1.50 (tak sedap pun..)
4- air Ribena twist (lemon+grapes) -> RM 3.00 (yg nih paling layaaan)

s0, mende menarek yg boleh di ambil iktibar dari jual2 air ini..

a) belajar2 lah accent org UK

kisahnya...ade awek dari embassy nih, yg involved dalam relay nih jugak..lepas lari penat2, datang kat kit0rg ngn adek laki beliau nak bli air..dan dia mintak ari tin-isotonik 7 UP- Revive...tapi masa dia nak order:

Paan: "wei2, mat salleh datang..aqi ko g attend dia"

Aqi: "apa aku plak..hang la p..erk?! yes, what can i help u?!

Awek UK: "i want 2 Revive" (ckp dgn accent penuh pekat dan aneh?)

Aqi: speechless...

Paan: "wei2..dia nak air ape tadi? tak jual kat sini ah k0t air tuh.."

Aqi: "aku dgr dia mintak ' I Want 2 Rice' "

Paan: "aku dengar dia nak "I Want to Revise"...amende dia nak datang sini nak revise2?! gilo air awek nih..

Aqi: "erk..erk..sorry..come again.."

Awek UK: "i want drinks..cold drinks..u sell cold drinks rite?" (accent)

Aqi: "yeah..sure2..we have ribena, mineral water, 7 UP and Mirina orange..which one?!"

Paan: "tadi bukan dia dah order ke? awat hang explain sume menu2 tuh balik..."

Awek UK: "hurm..i want 2 Revive..u sell Revive rite, the cold one?" (accent)

Paan: "ooo..yes2..We have revive..7 UP revive...2 cans for RM 3.00.."

Awek UK: "okay..gimme 2..very cold one please.." (peluh2 dah letih nunggu)

Aqi: "here u g0.." (gaya bahasa bajet comel)

sejuru selepas mereka dua beradek belah...

Paan: "hahaha..malu syial dpn awek lawa..dia mintak Revive la Aqi..bukan Rice..sengal d0wh..jatuh market.."

Aqi: "mana aku nak taw..aku dengaq dia nak Rice..mana jual rice kat sini..aku pandang hang tadi, hang pandagn aku balik..blur la aku.."

Paan: "wei next sem cane nak amek IELTS nih dowh..gagal ah cmni..ish malu syial"


maka..cuti semester nih, blaja2 lah accent english UK, Aussie sbg persiapan awal utk IELTS sem depan...jgn kena repeat kalo taknka RM 550.00 terbang dari account CIMB anda...


b) jangan jadi PREJUDICE...

yang nih saya blaja sewaktu shift separuh masa kedua..pkul 2-4 am..mase nih s0rg lagi Adek dtg..kali nih memang tak ngantok sebab adek nih banyak lak cakap, stori2 dia ngn kit0rg kat dlm sana...namun segala t0pic dan dialog perbualan tidak dapat di siar kan kerana tidak sesuai di paparkan di bl0g...tapi moral nya..penulis belajar agar tidak mudah dan cepat sgt dalam judge orang..

hurm..dulu, awal2 masa tak brape kenal adek nih..memang saya pangkah dah muka dia..mmg cop dia nih muka dak jaat neyh...tgk gaya, rupa cam tak cun, perangai cam tak brapa nak ayu, terus judge bukan2..padahal, deep inside, adek tuh baek jer actually..via borak2 k0song tuh la penulis dpt tahu bahawa deep inside, adek tuh bkn la jaat ke momok ke ape ke..dia baek jer actually-buktinya cuti2 cmnih dia sempatkan datang charity nih..ingtkan org cm dia taw hu-ha-hu-ha kat BB jer.hoho..jaat kan saya?! begitulah adek itu mengajar saya jgn terlalu cpt judge org walopun sisi2 baek nya tidak kelihatan..bukan bermakna tiada cuma tak kita tak nampak jer..

"Terima seseorang itu seadanya..yg baek di syukuri, yg kurang di redhai..jangan cari kesilapan dan kelemahan org laen, tetapi carilah kebaikan yg ada dalam diri dia, dan kembangkan kebaikan itu agar akhirnya bisa menumbuhkan lebih banyak kebaikan dan menutup2 pintu kekurangan padanya"

thx to that adek, lepas nih..penulis takkan lagi bersifat pesimis dan prejudis terhadap mereka yg luarannya nmpk cm ju-on tapi di sebalik t0peng ju-0n itu la terselit sifat Cindarella atau Snow White deep inside...s0, b +ve always..ingat tuh paan..ingt smpai mati!!!!

c) letup dulu baru tanya ?!

st0ri kali nih juga berlaku ketika mana shift paan dan rakan2 around 2-4 am...st0ri ini terjadi apabila salah seorang dari kami tersilap letak kupon ke dalam balang yg sepatotnya...

alkisah- sebelah gerai kami ade 1 part kecik yg di jaga oleh orang laen...kira kit0rg share tapak je la..since kit0rg nih sukarelawan luar, maka kit0rg tak tahu menahu yg kit0rg ngn d0rg nih ada saham beza2...so kit0rg ingt hasil jualan d0rg masuk skali dlm tabung kit0rg, nanti dah habes je bagi2 untung...itu yg kit0rg assume...tapi pakcik tua s0rg nih, yg tak taw apa nationality nye (memandang bhs mlayu nya amat burok, lebih teruk dari bangla pam minyak maka kit0rg tak taw dia nih org Nepal ke, Uganda ke, Slumdog Millionaire ke ape tah)...

mase tuh, ade org bli hot drinks dari kdai dia..yg mana kit0rg assume kita sume 1 kdai yg besar (one big happy family)...so time tuh dia tgh blur2 ayam..maka one of us yg tlg attend customers..lepas d0rg byr kup0n, kit0rg pn masukkan lah kupon tuh kat dalam tabung kit0rg..skali dia letup2..

"hoi..mana buleyh itu kasih masuk sana...tadiu juga ada org kasi masuk sana...sudah kali bnyk juga sana juga masuk...yg tadi juga laki2 sama itu perempuan juga kasi masuk poket.." (ape lg da dia merapu kit0rg pn tak paham)

"wo..wo..tenang uncle2..lu apahal mau letup2..kit0rg tak paham lu cerita apa..kalo psl itu kup0n mintak maap sebab kit0rg tak taw yg kdai kita sama lu laen2 punya..ok2, kit0rg kasi pulang sama lu punya kup0n..brapa bynk tadi?! ingt kit0rg heran sgt ngn duit nih?!"

"tadi itu org juga sama..kasi masuk poket juga..kita berniaga, besa2 punya..aahh nanti saya mau kasi report juga sama boss, itu baju kuning punya...yada2.." (merapu meraban ape tah org tua nih)

tung-tang-tung-tang...letup2..last2 kit0rg biar je pakcik tua tuh meng0mel ses0rg cm org gila..kit0rg wat bodo ayam jer, g bantai gelak2, smbung sesi st0ri2 yg tergantung tadi...

actually, masalah sebenarnya cuma salah paham..since kit0rg sume under BIG BOSS yg sama, kit0rg assume lah kdai dua2 tuh sama jer untung nyer...s0 dari awal2 shift yg sebelum2 pun kalo dak2 intec yg attend customer kalo pakcik tuh takde (g jamban ke, makan ke ape..) kit0rg masukkan kup0n dalam tabung kit0rg sbb tabung dia nmpk cam k0song jer...ingt same je la pun..aleh2 laen2 plak...mne nak taw..kalo bitaw awal2 takde ah jadi cmni...ok part tuh settle..

part yg masuk poket ape cerite berbagai org tua tuh...itu pun salah paham gak..dia ingt kit0rg songlap duit..padahal, customer kasi kupon duit besar, so kit0rg kena lah kasi balance/change kat customers balik en..since tabung tuh utk charity, tabung tuh berkunci..maka kit0rg takley nak kaut balik kupon2 yg kat dalam utk kasi baki kat customers...satu2 nyer cara kit0rg guna kupon kit0rg sendiri sbg pecahan duit besar-so that nanti ganti blk masuk tabung...tapi dia ingt kit0rg amek kupon customer songlap masuk poket sendiri...makaih..dia ingt kit0rg nak ke duit tuh sume..kit0rg datang jadik volunteer, buat charity..takkan la plak nak songlap duit..hampagas tol pakcik tuh..kalo tak kerana kat tempat org+kje ngn org laen, dah lme da kitorg tomoi je pakcik tuh cukup2 kat situ gak...brengsek tul perangai dia..

astaghfirullah...mengucap2...ter-emo plak..bkn ape..bile menaip stori psl nih, terbayang wajah pakcik itu-wajah nya seperti meminta2 pelempang atau lebih tepat tertera label "Aku Mahu Makan Kasut" di wajah kusam nyer...maka jadi lah emo..La taghdob paan...la taghd0b..mende da lepas..

moral nya: siasat dulu baru letup..ini tak..cam komunis, pukul dulu baru siasat..letup dulu baru nak tanya..ish..ish..(panas gle..meyirap)

p/s: even faris yg budak baek tuh pun bley letup2 psl pakcik tuh..hoho..best nyer sebab dpt tgk muka budak baek tak puas ati...ngeh3

STORI DE MORI 3

erm..yg nih..tak ade ape sgt la..st0ri yg tak berapa nak menarek sgt, tapi bagi saya ianya mengandungi bnyk moral yg boleh di ambil...

hurm...ketika saya takde shift, kje takde..maka pergi lah berjalan2 seorang diri...usha2 ape yg ade kat event tuh...tgk Bapok Runway, tgk Konsert, tgk Telematch, Relay dan ape2 mende lagi tah yg boleh di tgk..

di celah2 tuh, dok perhati lah gelagat2 manusia di sekeliling-bagaimana org sekeliling mempengaruhi sikap kita...hurm, time nih terlintas satu mende yg saya belajar dalam islamic studies sem nih..satu2 nye mende yg saya ingat smpai skrg (laen2 dah lupe sebab tdo dlm class ustazah) ialah "Akhlak tuh satu mende yg spontaneos, tak perlu melalui pertimbangan akal"..

theory itu terserlah tika dan saat itu..pabila mata meilhat gelagat manusia yg dulu nya mengatakan bahwa mereka "org yg tak sosial-biasa2 shj" ber-evolusi menjadi sgt aneh...attitude laen mcm dah jadi..perubahan drastik dek pengaruh org sekeliling yg bisa di perhati ialah:

1- dari gelak sopan2, ayu2..berubah menjadi gelak tawa seperti pontianak yg nak beranak anak kembar..makaih..giler bising gelak nyer, cam lupe dunia dah...

2- dulu kata tak sosial..tapi bila di kelilingi rakan2 laki/pompuan yg bley buat ngam, terus lupa boundary...mane yg bley cakap, mne yg tak bley cakap...mne yg bley buat, mne yg tak bley buat..ape yg blaja mse usrah2 sume tuh amek campak longkang ah..hampeh lsg tak pakai ape...hurm..manusia en mudah lupa...

3- suro jadi volunteer semangat je, suro jogging berjam-jam ok jer, suro wat itu-ini hurm boleh aje..tapi bab nak jaga solat...hurm..kabur...alhamdulillah lah ade lagi yg sempat singgah smayg kat suraw, tapi rasa2 nya ade jer yg tak singgah..hurm, maybe d0rg jamak k0t..or maybe d0rg cari suraw laen..(husnuzhon ah cket)..tak0t2 nya bila kita nak jayakan kerja kebajikan, charity event sume2 nih, kita leka dgn mende2 yg patot dari awal2 kita dahulukan : SOLAT....

hurm..kesimpulannya, manusia mmg mudah sgt berubah ikot tempat, orang2 sekeliling, masa dan keadaan yg mempengaruhi...pat0t la org kata "Akhlak tuh mende yg spontaneos"...agak nya lah masa2 mcm nih la akhlak sebenar kita ter-uji...yg dalam kelas tuh mungkin ade cket2 melalui perantaraana akal-ade jugak yg di buat2 cket...tapi bila kita kat luar, even tuan punya badan tak sedar yg dia dah jadi orang laen pada waktu itu...hurm, takpe la..itu opinion saya jer ...mungkin saya jer yg sensitip sgt kot..well, who kn0ws..


Sebagi konklusi p0stin kali ini, saya cuma nak cakap...penuhilah masa2 terluang anda dgn mende2 yg berpaedah, jgn bazir masa...cuti sem nih kan pnjg-bnyk mende bley buat...satu lagi, jaga diri, jaga akhlak...jangan dpn org ckp laen, ble kt blkng ntah jadi mom0k lak kita...lastly, mintak ampun kalo ade silap salah dlm entry kali nih...(takyah baca pun takpe actually-bazir masa jer pun...)

p/s: insyaAllah selepas dari entry ini, penulis akan bermula utk menulis semula mengenai topic yg lebih criuz-kurang merapu-dan bnyk input2 berguna...

Wallahualam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS