RSS

p/s: "I L-0-V-E YOU"

Salam alayk…


Dengan nama Allah yang MahaPengasih lagi Maha Penyayang…

Selawat dan salam semoga tercurahkan ke atas junjungan mulia Nabi SAW, keluarganya, para sahabat, tabi’in, dan mereka2 yang mengikuti setelah nya…


Setelah lebih kurang 3 bulan, blog ini menyepi, sepi dari rhapsody tari-menari jari2 kecil ini, mengalunkan rentak tari di atas papan kekunci…kini…saya rasa sudah tiba masa nya untuk jari2 kecil ini kembali beraksi semahu-mahunya bagi menghiasi blog usang ini, yang semakin lama semakin pudar di mamah usia…Ampun dan maaf juga buat yang sering berkunjung kemari, namun di kecewakan dengan ketiadaan update2 yang terbaru dari saya…


Maaf Zahir dan Batin…


Oleh kerana kita tlah tiba di bulan suci dan penuh keberkatan ini (kaf-ba-ra-kaf-alif-ta-nun), molek lah kira nya saya yang sudah tidak menulis ini berkongsi sedikit informasi buat tatapan yang sudi berkunjung lagi kemari…


Seperti biasa, blog ini berserta seisi nya tidak lah wajib apatah lagu harus untuk di baca buat yang berkunjung…hal ini kerana sekali lagi ingin di nyatakan bahawa blog ini hanyalah peneman kepada penulis yang sepi…serta nota peringatan buat diri sendiri dalam mengaca dan mencermin diri dalam maksud usaha memperbetulkan diri hari demi hari sebelum jasad ini rebah ke Bumi…


Adapun begitu, blog ini masih berada dalam keadaan yang waras, maka membaca nya dalam kondisi yang tidak waras boleh menimbulkan effect sampingan yang kurang menyenangkan (lagi2 jika jiwa sedang kacau-cepat2 tekan alt+f4).


TAMMAT MUQADDIMAH…


Kenapa ya ada nya bulan yang di panggil Ramadhan ini?! Buat susah2 je kan…?! Imagine…puasa sebulan penuh, tak boleh berkelakuan yang pelik2 (masuk air@sengal), mak ayah kat umah suruh mengaji Quran (padahal sebelum nih ngaji cket2 je)….itu baru siang nya…Malam pulak, makaih…solat tarawikh lagi- lama gile kot…Imam pulak boleh bantai baca surah2 panjang2, sehari 1 Juz katanya…ini boleh menyebabkan anggota2 tubuh kehilangan molecule2 ATP dengan begitu pantas, sehingga ada yang cramp2 sewaktu solat di masjid/surau…as a result, HW+ assignment yang menimbun tak siap, time lecture tak boleh concentrate – nak TIDUR sokmo!!! Yang best nya Ramadhan Cuma 1- Bazar Ramadhan yang dengan beraneka jenis kuih-muih (murtabak ayam, cakoi, ayam golek, etc..)


Adakah anda termasuk manusia2 yang punya pola fikir seperti yang tertera di atas?! Ataupun paling busuk pun that kind of thought pernah suatu tika dulu singgah di kotak fikiran anda?! Atau anda semua termasuk yang OK-OK je terhadap Ramadhan – seperti nya rutin2 harian yang perlu di jalani macam tak ada apa2 significant – sekadar tradisi yang boleh kita “taken for granted” ?! Begitukah?!


Kalau Ya, maka anda agak sedikit beruntung kerana mata anda menatap pada monitor PC yang mungkin boleh me-reverse-kan kembali apa yang berada di benak fikiran masing2…


Now, let’s see…Where to start?!


Firstly, jom kita ubah paradigma berfikir kita terhadap bulan Ramadhan ini…Jap2…Anda semua tahukan Paradigma itu apa?! Yang pastinya, Paradigma tak ada kaitan langsung dengan Sukan Paralimpik, ataupun Parasuit hatta Paragliding sekalipun…jauh sekali punya persamaan dengan Para-Para Sakura…hurm…Paradigma juga bukanlah sejenis juadah berbuka puasa, akan tetapi Paradigma itu merupakan cara pandang kita terhadap sesuatu..am I making myself clear?!


Kenapa paradigma?! Psychologist claimed that “You are what you think” : Kamu adalah apa yang kamu fikirkan!!. Untuk mengukuhkan hujjah,kita lihat sepotong hadith Qudsi di mana Allah menyebut “Aku seperti persangkaan hambaKu terhadapKu…” Hal ini menjelaskan betapa pentingnya paradigma.


Jadi, kalau selama ini kita melihat bahawa Ramadhan dan segala pakej2 nya (puasa, tarawikh, sedekah, mengaji, tahan nafsu etc) sebagai satu BEBAN, maka kita sendiri merasa sangat berat untuk melaksanakannya.. Kalau rasa pun dah berat, apatah lagi nak maintain sehari suntuk.. Sejam puasa rasanya seperti setahun…Mulut rasa cramp, gigi rasa nak mengunyah sepanjan masa.. at the end of the day, Puasa kita tidak akan membawa apa2 erti kalau kita berkelakuan seperti di atas…


So macam mana kita nak trigger otak kita untuk kita boleh berpuasa dengan jayanya dan memoticvasikan diri kita untuk tegar di jalan Nya selama 1 bulan penuh (buat yang tiada uzur syar’ie) ?!


Cuba kita bayangkan bahawa Ramadhan ini ibarat nya seperti hadiah ter istimewa dari Tuhan buat hamba nya yang tersayang..Wah..Tuhan hadiakan kita dengan bulan Ramadhan simply because WE ARE SO SPECIAL…sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita baca L-0-V-E latter dari Tuhan – baca slow2, biar terasa kehangatan cintaNya…


“Hai orang-orang yang beriman, di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah:183)


Sekali lagi, cuba kita bayangkan…Suatu hari, kita dapat surat..bukan surat biasa…warnanya Pink lip-lap-lip-lap (macam highlighter)…surat itu terselit di celah2 buku text Biology A2 Pearson kepunyaan kita..bila buka sahaja surat tu…uish..semerbak harum walaupun tiada kelihatan sebuk2 putih bertaburan (bedak wangi, bukan dadah!!)…ada tulisan : “Special buat Abang Farhan” (assume that nama anda Farhan..haha)..pergh...intro dia sahaja sudah membuatkan sympathetic nerve berkerja lebih masa-maka hati ini lub-dup-pause-lub-dub-pause dengan kadar yang amat pantas…



Surat Pink ini di awali dengan kata sapaan yang sangat mengghairahkan (erk?!)… hangat dan menggetarkan. Kehangatannya memberikan semangat. Di awali dengan memberikan PENGKHUSUSAN (specific) kepada ORANG YANG DI TUJU…Imagine (lagi skali) kalau surat pink dalam drama fiction di atas – bunyinya.. “Buat sesiapa je yang menemukan dahulu surat pink ini…” pasti hambar bukan?!


So, lagi dan lagi lets imagine…di antara gazillion manusia yang mendiami Bumi yang sedang di landa Global Warming ini, KITA (mukmin) yang di KHUSUSKAN!!! Kitalah yang secara ISTIMEWA nya mendapatkan love latter ini dari Allah. Wei..KITA: bukan orang lain pun..padahal bersepah orang lain lagi atas Bumi ini yang jauh lebih bijak, pandai, bagus, dari kita…banyak orang yang lagi kaya, hebat, mantap dari kita…dan sah2 lagi banyak orang lain yang jauh lebih hensem, cun, anggun, kacak dan bergaya dari kita…tapi mengapa KITA?!


Once again- simply because we are so special!!!


“(iaitu) dalam hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah bagi ia berpuasa) sebanyak hari-hari yang di tinggalkan itu pada hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya, (wajib bagi mereka) membayar fidyah : member makan seorang miskin. Barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan itu (puasa), maka itulah yang lebih baik baginya. Dan Berpuasa itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui…” (Surah Al-Baqarah:184)


Amazing!!!, ayat ini menunjukkan bahawa cintaNya memang Maha Dahsyat.Dengan penuh concern nya, Allah memahami kelemahan2 kita, beragam halangan2 hambaNya. Islam itu adalah agama yang sesuai dengan kemanusiaan, kerana asal muasal nya juga dari Sang Pencipta manusia itu sendiri. Oleh sebab itu, kelemahan manusiawi kita seperti sakit, musafir, etc pun dapat banyak keringanan (rukhsah)…Procedure nya sangat2 simple – tak berbelit-belit macam nak buat VISA for example…haa..kalau tak boleh puasa, lepas habis Ramadhan boleh qada’…kalo tak larat- tak boleh nak qada’- boleh bayar fidyah (member makan orang miskin selama sehari penuh) sahaja…


**tertakluk kepada terma dan syarat la kan untuk dapatkan Rukhsah nih** (kalo setakat abes class lambat-pukul 4 misalnya, nak dapat rukhsah berbuka…hurm…)


Mari kita teruskan membaca bait-bait surat cinta yang berwarna pink itu:


“(Beberapa hari yang di tentukan itu ialah) bulan Ramadhan. Bulan yang di dalamnya di turunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dengan batil)…” (Al-Baqarah:185)


“…Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu…(Al-Baqarah:185)


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang mendoakan kepadaKu apabila ia berdoa kepadaKu” (Al-Baqarah:186)


Dalam “surat cintaNya”, Allah menjelaskan dengan molek sekali bahawa puasa itu adalah untuk KEBAIKANmanusia. Puasa itu bakal memberikan kebaikan yang banyak bagi manusia, jika mereka mengetahuinya. Bahkan Allah sendiri menjanjikan commitment cintaNya dengan claim – “Jika hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat”…


Waliowei..Kita- manusia biasa, yang lemah dan bergelimang dosa, kadang kala sampai ade sesetengah yang menyelam dalam lautan dosa – ternyata sangat di cintai oleh Nya, sampaikan Allah sendiri buat pernyataan sedemikian (tapi kita tak sedar2 juga)…ntah2 selama ini kita yang menjauh dari Allah sebenarnya – dan bukan sebaliknya…Naudzubillahmin dzalik!!


Hasan al-Banna, member komen tentang ayat di atas: “Hakikat agung yang terkandung di dalam nya adalah bahawa Allah SWT mendorong kita untuk bermunjat dan memohon kepadaNya dalam keadaan yang PALING DEKAT kepada Sang Rabb…


“Agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (Al-Baqarah:186)


So-its stated crystal clear in the Quran that ALLAH LOVE US…Allah menginginkan kita tetap berada dalam kebenaran dan mendapatkan banyak kebaikan. Bahkan, untuk itu pun Allah memberikan banyak sekali kemudahan dan keringanan buat kita.



“ALLAH SANGAT MENCINTAI KITA & RAMADHAN ADALAH SALAH SATU TANDA CINTANYA”


Next, lets jump to the evidence @ proof: Apa buktinya Allah cinta pada Kita?!


Dalam cintan-cintun ala manusiawi, seringkali cinta cuma sekadar apa yang di ucapkan di lidah sahaja. Tak ada bukti yang konkrit. Ala, biasa lah..cinta manusia..Makanya, cinta bukan hanya di lidah semata-mata, tapi memerlukan pembuktian dari apa yang di lafazkan..dengan melestarikan BUKTI baru kita tahu kesungguhan cinta yang di berikan..(wah terlebih sudah!)


“Jika Ramadhan datang, pintu2 Syurga di buka, pintu2 Neraka di tutup, Syaitan2 di belenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah yang Maha Besar – “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Wahai pencari kebaikan, kemarilah! “ (Shahih Al Bukhari & Muslim)


Hadith di atas menunjukkan kita bahawa Ramadhan adalah moment khusus yang di berikan buat kita Cuma setahun sekali…its like a Love Moment- a very special one!!! Banyak betul bonus2 istimewa yang hanya di berikan oleh Allah dalam moment istimewa ini – only during this short period of time (Sebulan je..tak lama)


Berdasarkan penyelidikan yang saksama oleh para “Detective2 kebenaran”, inilah BUKTI-BUKTI yang tak boleh di bantah. Tidak sama sekali, apatah lagi tiada di temukan alibi yang boleh mematahkan bukti-bukti di atas…


PERTAMA: Pintu Syurga di Buka


Syurga yang di dalamnya terdapat banyak kenikmatan yang belum pernah di rasakan seorang pun manusia di dunia – DI BUKA LUAS-LUAS. Seakan-akan terbuka untuk public. Kandang Lembu atau Kambing yang rosak pun pintu nya tak pernah terbuka seluas-luas begitu. Syurga yang Maha Indah dari itu malahan di buka seluas-luasnya buat siapa?! K-I-T-A…

Berikut merupakan beberapa gambaran tentang Syurga yang di lakarkan oleh Allah dalam Al-Quran. Allah melukisnya dengan gambaran yang sangat dekat dengan nikmat2 seharian kita (analogi paling similar untuk mudah di fahami). Namun, kita perlu yakin bahawa Syurga yang di sana pastinya jauh lebih lebih luar biasa daripada apa yang kita imaginasikan dalam benak kita…


“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan..

Iaitu kebun-kebun dan buah anggur,

dan gadis-gadis remaja yang sebaya,

dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman).

Di dalamnya, mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak pula dusta,

Sebagai balasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak,

Tuhan yang memelihara langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya;

Yang Maha Pemurah…” (Surah An-Naba’:31-37)



KEDUA:Pintu Neraka DI TUTUP



Neraka adalah tempat terakhir yang bakal di pilih jika manusia punya pilihan untuk hidup di mana2 yang mereka suka.Berulang kali di sebutkan dalam Al-Quran bahawa nerakalah “SEBURUK-BURUK TEMPAT UNTUK KEMBALI”


“Dan orang-orang yang kafir terhadap Tuhannya memperoleh azab Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”. (Surah Al-Mulk:6)



Cuba rasakan betapa scary dan terror nya keadaan Neraka itu. Visual neraka di gambarkan melalui kata-kata yang seolah-olah nyata melalui ayat di atas. Neraka, berserta pakej kengerian nya, di visual kan sangat hidup!!!


“Apabila mereka di lemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan…sedang mereka itu menggelegak..! Hampir-hampir neraka itu pecah lantaran marah…! (Surah Al-Mulk: 7-8)


Jelas sekali- thriller dan terror dari movies seperti Friday the 13th, Nightmare on The Elm Street (and any other horror movies, you named it) tak standing dengan horror nya neraka. Neraka yang luar biasa luasnya, penuh pula dengan api yang menggelegak, meraung dan mengerikan, sangat2 MARAH pada manusia2 yang malahan boleh pula BERATUR untuk memasukinya…


That’s only the intro. The ‘best’ part is..


“…menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampui batas, mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya…” (Surah An-Naba’:22-23)


Hurm…dahsyat tak dahsyat la kan…Ok..Pernah tak anda masuk ke bilik yang tak ada tingkap-ventilation fan pun tak ada..rasa pengap, panas, sesak nafas, nak sangat cepat2 keluar dari situ kan..Cuba imagine pulak kalau di campakkan ke dalam neraka, tinggal di dalamnya – “berabad-abad lamanya…” Padahal, even 1 minute pun pasti dan pasti sudah sangat menderita..Uish!!! Naudzubillahi min dzalik!!!


“…mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya, dan tidak pula mendapat minuman…selain air mendidih dan nanah…” (Surah An-Naba:24-25)


Lagi dan lagi, cuba anda imagine…Anda sedang naik train (KTM, Putra, LRT, Monorail etc) dari KL Sentral ke Shah Alam during Peak Hours. Train penuh sesak dengan manusia. Di luar, Matahari pula berdiri megah dengan teriknya-memancarkan sinaran direct to the train, sampai boleh nampak wap air evaporate dari track kereta api yang di lalui. Air cond dalam train pulak rosak. Pergh!!! Terasa haus sangat2 kan. Lepas tu ada budak kecik duduk di depan kita, tak puasa, meneguk air RIbena Lemon Twist semahu-mahunya…Aiseyh…boleh bayang tak azab nya duduk dalam train macam ni?!


Itu baru panasnya dunia. Di neraka nanti rasa hausnya pasti dan pasti jauh berlipat kali ganda dari situasi di atas. Tekak kering, tubuh kepanasan sampai kulit2 menggelupas…


“Sesungguhnya Neraka itu api yang bergejolak…yang menggelupaskan kulit kepala..” (Al-Ma’arij:15-16).


Pasti air sejuk menjadi sesuatu yang di impikan oleh para penghuni neraka. Sayangnya, di neraka tak akan pernah ada yang namanya air sejuk…yang di sediakan Cuma air mendidih dan nanah!!! (bukan nya menghilangkan haus, ber tambah2 haus lagi ada!!!) Naudzubillahi min dzalik!!!


Haa..nasib baik adanya Ramadhan! Kerana besarnya cintaNya, pada bulan teristimewa ini Allah memberikan HADIAH yang istimewa buat kita. Neraka, yang raungan nya menyeksakan telinga bagi sesiapun yang mendengar nya, bakal di tutup rapat2..(usually, bersepah orang beratur untuk masuk neraka)


“…memanggil orang yang membelakang dan berpaling (dari agama), serta mengumpulkan (harta benda) lalu menyimpannya…” (Al-Ma’arij:17-18)


KETIGA: Syaitan di Belenggu @ Ikat + Rantai



“…Sesugguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu…” (Surah Yaasin:60)


Syaitan-dengan variasi yang pelbagainya, adalah musuh yang nyata bagi manusia-DULU-KINI-dan SELAMANYA…Dari dulu lagi permusuhan ini sudah mengakar dalam diri mereka. Kita imbas kembali peristiwa mereka menggelincirkan Adam a.s dan isterinya Hawa dari Syurga suatu ketika dahulu.



“…lalu keduanya di gelincirkan oleh syaitan dari Syurga itu dan di keluarkan dari keadaan semula (kenikmatan syurga), dan kemudian berfirman: ‘Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh dari sebahagian yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di Bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang di tentukan” (Surah Al-Baqarah:36)


Nasib baik, Adam a.s segera menyedari kesalahannya, dan bertaubat. Dengan cintaNya yang sangat mendalam dan ampunNya yang luas, Allah mengampuninya…


“Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang…Kami berfirman: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barangsiapa mengikuti petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati…” (Surah Al-Baqarah:37-38)



Sangat jelas akan pe’el syaitan ini. Konspirasi yang di rancangnya dengan begitu molek tidak berhasil dengan sempurna. Manusia masih selamat, asalkan jika datang petunjuk kebenaran, mereka mengikutinya. Maka bermulah episode baru-sebuah konspirasi sepanjang masa. Iblis dan syaitan2 serta keturunannya membangunkan gerakan bawah tanah- “Yakuza Syaitan” yang bermisikan: menyesatkan anak cucu Adam sampai Kiamat dan menghalangi mereka dari petunjuk kebenaran.


Mereka beraksi dengan teknologi yang luar biasa canggih. Mereka melakukan operasi mereka- “Ops Sesat” setiap saat, dari atas-bawah-kiri-kanan-depan-belakang! Kata Rasulullah saw mereka beroperasi via our blood vessels. to put it simple-selama kita masih hidup, selagi mana mengalirnya darah in our vein, kita bakal terus menerus di goda oleh syaitan dan konco2 nya. Berduet dengan Nafsu- pasangan Syaitan-Nafsu ini terus beraksi-bergelut dengan fitrah.


Maka..di bulan Ramadhan, syaitan di eliminate dari competition ini (no longer appear in food chain-not even the bottom of the chain) Tinggal lagi Nafsu yang boleh menghalangi fitrah kita. Para syaitan2 yang berkaliber- berdasarkan apa yang di katakan Rasulullah-DI BELENGGU. Mereka tak akan boleh lagi bermaharajalela menggoda manusia. Tapi yang aneh nya, sepertinya ada sebilangan manusia- dengan pengaruh nafsu- terasa “Rindu pada Syaitan” dan seakan-akan berkata: “Come on syaitan, goda la kitorang lagi!!!” – berdasarkan perilaku serong mereka di bulan mulia ini.


Hurm..One more thing…jangan pandang rendah terhadap pasangan duet nya syaitan ini- Nafsu! Walaupun tiada geng, Nafsu sendirian masih cukup perkasa untuk menaklukkan hati2 manusia yang lalai. So keep on figting, tundukkan nafsu kita di bulan mulia ini…


KEEMPAT: Pahala di Lipat-gandakan



Seharusnya, di bulan mulia ini kita BERBURU PAHALA dan bukannya berburu SALE di mall…


Example- pahala mengucapkan tasbih. Ucapan tasbih yang di lantukan bulan Ramadhan di beri ganjaran 1000 @ Seribu @ One Thousand compare to bertasbih di hari2 biasa. Kata Rasulullah : “Sekali bacaan tasbih di bulan Ramadhan lebih utama dari seribu kali tasbih di bulan-bulan lainnya…(HR At-Tirmidzi)


Hadith lain- “…Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan satu perbuatan baik (sunat) di dalamnya, dia bagaikan melakukan satu perbuatan wajib di bulan lain. Barangsiapa melakukan satu kewajiban (wajib) pada bulan ini maka dia sama dengan orang yang melakukan tujuh puluh kewajiban di bulan yang lain…”


(Sunnah di beri ganjaran wajib- yang Wajib di hargai dengan 70x ganda..Mantap tak?!)


“Maka, nikmat Rabbmu yang manakah kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman – di ulang sebanyak 31x dalam surah ini!!!)


KELIMA: Menghapus Dosa-Dosa kita


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Solat lima waktu, dari Jumaat menuju Jumaat berikutnya, DARI RAMADHAN HINGGA RAMADHAN BERIKUTNYA adalah penghapus dosa-dosa di antaranya, apabila di tinggalkan dosa-dosa besar.” (HR Muslim)



“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap Redha Allah, akan di ampuni dosa-dosanya yang terdahulu...” (HR Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah)



Manusia adalah tempatnya salah dan lupa, begitulah pepatah Arab berkata-kata. Makanya, manusia seperti kita pasti dan pasti banyak sangat2 dosanya.


Kalau lah dosa itu sesuatu yang visible – misalnya sampah, dah tentu berguni-guni kita hasilkan sampai dah tak tahu lagi nak buang ke mana. Boleh jadi lori sampah Alam Flora itu pun tak mampu lagi nak kutip hari2- dan yang lagi teruk pusat perlupusan sampah penuh sesak (sikit2 lama2 jadi bukit…erk?!)


Untungnya Allah itu Ar-Rahman, Ar-Rahim, Maha Luas AmpunanNya, jauh lebih luas dari kejayaan kita mengumpul dosa sehari-hari. Ramadhan yang berasal dari kata “Ramdhan” bererti “MEMBAKAR”. Ini adalah bulan untuk membakar dosa-dosa kita yang menggunung. Jadi, mari lah sama2 kita manfaatkan peluang keemasan ini untuk men-delete-kan dosa2 dari account kita di bulan Ramadhan ini!


Sebagai konklusi-tak semua manusia di beri peluang dan kesempatan serta umur yang panjang untuk dapat bertemu dengan Ramdhan setiap kali ia tiba...ada yang pergi terlebih dahulu-just before Ramadhan come...so, kita yang masih hidup ini gunalah HADIAH TERISTIMEWA pemberian Tuhan yakni Ramadhan ini untuk Memanusiakan kembali Diri kita...


*ampun & maaf kerana post terlalu panjang-Qada' yang 3 bulan lepas punye entry"


Wallahualam bisshawab...Salam Alayk...


TAMMAT CHERITERA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~fr0m MaLaySiA t0 eGyPt ~

salam alayk...

Innalillahiwainnalillahirajiuun

  1. http://fathiyyah.blogspot.com/2009/06/1-maut-2-cedera-parah.html
  2. http://amanianz5.blogspot.com/2009/06/moga-kelapangan-di-kubur-buatmu-syurga.html
  3. http://muhammadabdullah.blogspot.com/2009/06/tribute-for-ammar.html
  4. http://www.ayuamiza.blogspot.com/

"Every soul shall have a taste of death: and only on the Day of Judgment shall you be paid your full recompense. only He who is saved far from the Fire and admitted to the Garden will have attained the object (of Life): for the life of This world is but goods and chattels of deception."( Aali Imran: 185)


**AL-FATIHAH**





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: tHE pAst VS tHe fUtURe :.

salam alayk...


sit back-relax-and enjoy these videos...







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~cAn NeVer sUrpAsS HIM~

salam alayk...

Mulai 6 Jun hingga 18 Jun 2009- saya seorang diri di rumah-Home Alone-for approximately 12 days..hal ini kerana the whole family went out for a vacation..hoho..kenapa saya tak ikut?! alasan yang paling chokya yang tlah saya utarakan kepada mereka adalah:

1- saya ada HW banyak sgt nak buat (i.e AS Biology Unit 3, C1-C4)
2- saya ada urusan yg perlu di selesaikan di Shah Alam (i-Xpl0re 3)
3- saya malas sgt nak keluar berjalan-jalan...
4- erk...saya tak nak bazir kan duit parents beli ticket flight?! hohoho...
5- paling jujur-saya nak bersendirian..

ngeh...so tinggal lah saya di rumah ini seorang diri-bertemankan hanf0n, laptop, tv, peti ais, katil, dan beberapa perabot2 yang biasa di jumpai di rumah2 anda...

so-hari2 berlalu seperti biasa..di siang hari, saya ke bookstore ayah di KL dan tolong tengok2 kan kedai ngn abg sedara..petang balik umh...malam? erm tgk tv, on9 dan tido..erm..mungkin kehidupan sebegini kedengaran agak membosankan jika berlarutan selama 12 hari..namun begitu-ianya tidak lah sebosan mana..lagi2 orang bujang en mcm saya...hoho

kalo di kedai-duduk2 tgk customers, kadang2 jadi cashier kadang2 duduk membatu-on9 (kat sini ade Wi-Fi) hahaha-baca buku ape yg ada...unlimited free book access..owh yeah!!



kalo kat rumah-tolong jaga rumah, bersihkan2, do laundry, jaga ikan2 ayah kat kolam, dan routine2 harian biasa..cuma yg beza-tiada lagi kelibat2 mereka di sekeliling..sunyi?! hohoho..agaklah...sedih?! its a big no-no, coz i made this decision at the 1st place..no regret-no turning back...

walopun ade cousin2, makcik, yg slalu telepon2 ke rumah, tanya da makan ke blom, tgh buat ape, dan sebagainya, bagi saya semua itu tak perlu..sebab i'm perfectly ok by my own..tak salah utk mereka concern-maybe sebab my parents yg pesan kat d0rg suroh tgk2 kan saya kat sini-idop ke tak..but then, tak perlu lah susah2 call tiap2 hari, tanya semua soklan lazim..its good to be concern, but...hurm no offence..kadang2 rasa cm bebudak lak...takpe2, ber syukur kerana org masih sayang..(walopun 'dia' tak syg kat saya..muahahah..)

okai2..i think that's enough for the intro..lets get to the serious topic here..before that-terlupa plak 1 mende..saya amat hairan+kagum sebab bloggers laen for example kak thia dah tulis entry smpai #600++, bebudak laen pun dah mencecah angka ratus2..hoho..sangat kagum...padahal saya..ngeh..ini adalah entry jubli emas @ 50th p0st...alhamdulillah kerana jari-jemari ini masih di beri kesempatan utk meneruskan rentak tari nya di atas keyboard ini..takpe lah, cket2 lama jadi bukit..tulis satu2 entry lama2 jadi novel..hahaha

-fullsetoppp-

entry kali nih, berkisarkan pengalaman hidup selama 18 tahun ++ (yeah saya masih muda....)...kisah di mana saya menggambarkan kehidupan saya ibarat kan- "Bayang2 yang Mengejar"...hoho..mengejar siapa?! mengejar abang saya-Afif...

(sumpah, janganlah dia jumpe dan baca bl0g nih..ameen)



Itachi (black) VS Sasuke (white)



Unsui (left) VS Kongo Agon (right)

sedang saya bersendiri-emo2-menanti hari es0k tiba-all of a sudden saya teringat kisah Sasuke VS Itachi...Unsui VS Kongo Agon...

dalam anime Naruto- Sasuke sbg si adik, agak talented...tapi org kata talent shj tak cukup utk mengatasi abg nya Itachi yg di lahirkan sbg seorang Genius...betapa kuat dia berusaha pun, dia tak dapat nak kalahkan abg dia...betapa rajin dia practice-semakin hampir dia mengejar utk menyainigi ke-terer-an Itachi, semakin jauh Itachi tinggalkan dia, Itachi selalu sahaja one or two or maybe three steps ahead of him...but at the end of the day Itachi mati kat tgn adek dia jugak which is Sasuke...time tuh, orang kata Sasuke dah jauh lebih hebat dari Itachi..itu orang kata..pada saya Sasuke still tak dapat nak surpass the real Genius- Itachi even abg dia itu mati di tangan dia...

tapi nak wat cane en..semakin ku kejar, semakin kau jauh!!!

dalam anime Eye Shield 21- konsep yg sama..cumanya karakter agak terbalik...kali ini yg Genius yg lahir 1000 tahun seorang (kata mereka) adalah si adek yg di beri nama Kongo Agon (rambut dreadl0ck)...yg agak tak berapa nak p0wer (but still okay2 lah jugak kuatnya) adalah si abang bernama Unsui (si botak)..si adek nih di lahir kan super genius, dgn ability agak exaggerate jugak lah..dgn b0dy reflex yg amat pantas (0.03 second), tubuh besar,kuat mcm naga...lari laju mcm babi hutan (erk?!) hahaha...si abang nye pulak lahir sbg manusia biasa2-ability pun biasa-so dia kena kerja kuat utk layak bermain dlm team Shinrujyi Naga...atas usaha gigih dia, dapat la jugak dia maen dgn team Naga, but still...dia tak mungkin dapat mengejar kehebatan adik nya yang merupakan Genius 1000 Tahun, lahir Tahun Naga, dan apa2 ntah lagi super-p0wer ag0n nih..(dah tak up-2-date dgn anime nih)...

tapi nak wat cane en..semakin ku kejar, semakin kau jauh!!!

so, ape persamaan saya dgn abg saya dgn dua2 anime di atas?! hoho..TAK ADE..maybe yg sama nya adalah kit0rg 2 baca k0mik2 ini...in sense super-power sume, saya bukan Sasuke, abg saya sah2 bukan Itachi...(dan saya juga taknak bunoh abg sendiri..sebab saya hanya ada 1 abg...hoho)..Saya juga bukan Unsui, abg saya juga bukan Agon yg ade super p0wer spt b0dy reflex 0.03 seconds, lari kencang spt babi hutan, tak practice, dud0k diam bley jadi power..(itu takkan terjadi dlm dunia nyata okayh...)

dalam anime/komik:

"Even Talent & Hardwork Can Never Surpass the Genius"

dalam reality:

"Hardwork Definitely Paid Off- Practice Make Perfect- Impossible is Nothing"

cumanya, mungkin ada sedikit cebisan2 persamaan antara karakter2 anime tuh dgn kit0rang...(abang saya lahir Tahun Naga- dan saya Tahun Kuda...hahaha.takde kaitan)

Bukan Sasuke VS Bukan Itachi

*note*: lagu di bawah berkisarkan seorang lelaki mengejar seorang wanita..tapi itu bukan tujuan sebenar saya p0st lagu nih...cuma nak terapkan Konsep KEJAR-MENGEJAR...bukan kejar mengejar sewaktu maen Police N Tree, tapi kejar dalam usaha menuju puncak..eh2 bukan menuju puncak Akademi Fantasia-sia, tapi menuju puncak untuk berjaya dalam hidup...

intro:Bm D A E 2x

A D E A
bila mungkin kau lihat

F#m B E
aku menanti dirimu

A D E A
bila mungkin dirimu

F#m B E
ada di samping diriku

F#m B E
bila kau jadi milikku

F#m B E
mungkinkah jadi milikku

C#hoo

Reff:

F#m
smakin kukejar

D
smakin kau jauh

A E
tak pernah letih tuk dapatkanmu

F#m D
terus berlari namun ku takut

A
terjatuh lagi

Bm D
tak ingin lagi

A E
membuatku perih

Bm D
sadarkan aku

A E
dari mimpiku

A D E A
oh mungkinkah dirinya

F#m B E
ada di depan mataku

A D E A
bila mungkin terjadi

F#m B E
pasti itu hanya mimpi

Bm D A E 2x


jadi, ape sebenarnya st0ri di sebalik kejar-mengejar ini?! hurm..takdelah..fikiran yg bukan2 mula menyerang minda bila orang2 di sekeliling mula membanding-banding antara Sasuke dan Itachi..in context, bila orang try to compare2 saya dgn abg saya...tapi itu lumrah lah kan, manusia mmg punya sifat banding2-pilih mana satu lagi elok, lagi sesuai, lagi molek di mata mereka...jadi itu bukanlah satu kesalahan...

satu hal lagi-perkara yg di rasakan tak menarek bila org put too high expectation on u- such as: hurm...since mereka yg decide utk amek medicine nih-which appear to be course paling lama, paling mahal, paling susah, paling mencabar dan paling2 yg laen, so mereka2 di luar sana agak salute jugak la mereka2 yg amek course nih...sampai2, saya yg belom pun tentu dpt masok meds skool kat luar org dah pnggil doctor..adeh..ZREET gler..bila datang surau, pakcik2, jiran yg taw saya amek ALM, dan taw abg saya pulak dah 4th year, spontaneously pggil saya:

"Haa, doktor..ape khabar..lama tak nampak..camne blaja skarang?!"

"erk?! baek2..alhamdulillah..jgn pnggil saya doktor..saya f0undation p0n tak abes lagi"

hoho..bukan lah nak bangga apa-in fact rasa di tikam plak sebab melihat kpd kondisi diri yg lengkap dgn kelemahan2 serta serba-serbi kekurangan ini, di label sbg doktor kat luar tuh; hurm..cam tercabar lak rasa..tapi dalam hati hanya bisa meng-ameen-kan sahaja dan berharap ape yg di ucapkan mereka menjadi doa pd saya...

tapi itu sume tak jadi masalah..the main problems is that- saya merasakan yg saya takkan dapat nak mengatasi abg saya yg sorg nih, walau dlm ape jua mende sekalipun..hoho..

dats y saya kata saya ibarat bayang2 yg cuba mengejar sebab walau mcm mana sekalipun-bayang2 takkan dapat catch-up dgn tuannya, sunggoh pun di waktu tgh hari di katakan bayang2 sama tinggi dgn tuannya...tapi tak 100% accurate pun-dan bayang2 takkan bisa jadi sama dgn objek...more or less they differ...apatah lagi kalo dah takde cahaya-maka bayang2 akan lenyap begitu sahaja...

analogi berupa apakah itu?! hohoho...

~ Sesi Kejar-Mengejar ~

1- dia tadika lagi dah dapat award Best Student..hohoho...saya tadika biasa2 shj..hohoho

2- dari final exam spt UPSR, PMR, SPM, dan A-Level Medicine, dia musti sc0re giler babeng..i mean sc0re str8 A's..bukan str8 B, C , D mahupun abjad2 laen...kalo saya, PMR saya dah kantoi Sejarah-dapat B...hahaha..saya nanges gle2 bukan sebab saya dapat B, tapi sebab saya dah kalah dgn dia...

3- mse A-Level dulu kat intec, dia masuk class ALM 5M5..saya juga masuk kelas yg sama, cuma 4 tahun lewat- ALM 9M5..selepas di selongkar2 meja study dia, saya dapati Test2 Paper + Semester Exam dia yg dulu sume dia sc0re..(as usual)...kalo saya lak, (as usual) test2 tuh agak la sc0re cket2 tapi when it c0mes tu End of Semester Exam, saya kant0i..(owh tidak!)

4- sepanjang A-Level dia, rasa2 dia tak pernah k0t get bel0w cut-off p0int, even 1st sem...tapi saya begitu lah sengal..1st sem lagi dah kant0i, tak lepas cut-off p0int (seb bek JPA tak lempang laju2)

5- dulu masa dia jadi Johanian Bandsmen, dia dapat Award Best Recruit zaman2 junior dia...tapi bila zaman saya jadi Victorian Bandsmen, saya dapat award..erk?! junior paling pr0blematic..hohoho..

6- masa saya taw dia start maen gitar, saya pun blaja gitar jugak...hohoho...kira ape jer yg dia boley buat saya nak-harus-wajib-pasti jugak dapat buat...

7- ble saya taw dia pandai maen D0tA, saya pun practice laa di waktu2 senggang saya.namun saya maen strategy game itu dgn penuh takde strategy...hahaha...(dari sebesar-besar perkara sampai ke D0tA sekalipun dia musti lagi p0wer dari saya)

8- paleotak dia kalo buat maths, erm...agak superb jugak la...tapi kalo saya, tnya soklan Add Maths form 4 sekalipun pasti menggeleng-geleng kepala dan berlalu dgn ucapan ringkas ala2 celebrity -->"No comment"

9- dia nampak jer jahat (dlm mata saya)- muka pun cam ju-0n gak kadang2..tapi maybe sebab dia ju-0n jenis baek (mcm dlm Scary Movie 4) menyebabkan orang2 di sekeliling dia tak "PANGKAH" dia...hohoho..kalo saya lak, mula2 masok intec dulu: even bestie saya (Musaddiq) label muka saya muka jahat- se level dgn Hasan (Kuda)...umang aii...bur0k sekali persepsi masyarakat terhadap wajah saya dan perwatakkan saya sehingga di "PANGKAH" (bukan pangkah tanda vote dlm election) oleh public..hahaha..(peduli apa aku!!!)

10- walopun bagi saya dia ada Aura Jahat seperti Itachi, namun dia bukan begitu..hohoho (agaknya la..) dia sangat2 concern dgn familiy walopun dia tak pernah tunjuk...dari Indon pun dia slalu jer callin2 rumah, tanya psl sume orang...kalo saya, hurm...kalo di lakarkan guna Boxplot, terpapar average reading (mean) rate saya callin2 rumah = Sekali sebulan (bila ada event2 penting) walopun saya hanya di Shah Alam...hahaha (kalo JPA hantar g UK- ble raya jer ah k0t agaknya saya callin2)....so sorry orang rumah sekalian..

selama saya hidup- saya tak pernah lagi dgr dia buat slack..mungkin kah dia manusia flawless..ooo tidak2...mungkin saya jer tak taw cheritera dan perihal hidup sebenar dia...(tapi rasa2 nya dia mmg ok k0t)

10 examples cukop ah k0t...pat0t nya ada lagi beberapa puluh, mungkin juga ratus2...

tapi nak wat cane en...Semakin ku kejar, semakin menjauh...

hohoho..walopun dgn semua2 ini orang akan label abg saya jauh lebih hustler drpd saya (dalam sume mende agaknya). tapi saya tak em0..saya lagi suke..sebab saya ade competit0r yg share blood ties dgn saya (abang pun darah B en?!..hahaha)...walopun gene pool kami sama, tapi ntah kenapa takde berlaku genetic drift pada saya dan menghasilkan allele2 yg dia ada dalam DNA saya..hohoho..(bukan salah DNA ah..salah ko la paan sengal ubi...)

kalo lah takde dia- musti saya takde semangat nak UP kan diri saya...musti saya rasa cam alah, biasa2 cukup ah k0t...but since dah dia setting baek punya benchmark yang mana saya kena jugak capai (atleast) atau buat tanda aras baru (mustahil kot), maka saya kenalah jadi Super Junior jugak...hohoho...

saya decide nak amek meds pun sebab dia (i mean one of the reason ah since we are the only guys in the family)...kira apa2 yang saya buat pun, abg saya merupakan salah satu sebab di sebalik semua itu...

hohoho..Kak Naneng (bukan nama sebenar) pernah kate- everything has it's own time (setiap sesuatu itu ada masa2 nya)...hoho..mungkin betol ape yg kakak nih cakap..maybe skarang nih, saya kalah dalam sume battle dgn dia, tapi di masa akan datang, saya bley catch-up an surpass him...

tapi tak kesa lah...bagus ape dia maju teros camtuh...tak salah pun..dan saya tak nak pun tengok dia jatuh...dan saya juga tak nak menjatuhkan dia...cuma nya saya rasa yang saya perlu lagi kerja kuat (kata budak Ausmat- kena 100x lebih rajin) utk capai ke tahap dia...maybe satu hari nanti saya dapat pintas dia...hohoho

**entry ini sepatotnya panjang lagi- tapi dek kerana Beamoxy 250+Paracetamol+Cetirizin Stada ini menjadikan saya mengantuk, lesu, dan pancit giler, maka saya rasa cukup ah setakat ini...lagipun, kalo buat entry ni panjang2 sekalipun, bukannya saya dapat catch-up abg saya...hohoho..so better tulis cket2, dan jgn bazir masa**

-tammat-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS