RSS

.: Mana Nak Buat Dulu..DOSA or TAUBAT ?! :.

salam alyk..

adapun setelah puas patik merapu dalam 3 ke 4 p0st yg lalu, maka di kesempatan nyawa ini, patik ingin berk0ngsi ilmu di dada agar sedikit sebanyak dapat tuan hamba seluruhnya mengambil iktibar dan pengajaran setelah melayari cheritera yg bakal patik persembahkan sebentar lagi..

seyogianya, patik tidak harus mewartakan watikah ini pada hari ini kerana patik telahpun membuat satu p0sting baru di petang hari tadi..(sehari satu p0st)..akan tetapi, bak kata hikayat pendeta, "ilmu yg tidak dimanfaatkan dalam tempoh waktu 48 jam, maka akan lupa lah kita dari mengingatnya sedikit sebanyak.."

oleh kerana sahabat saya yg bernama Archduke sang Native Sarawak, memperjuangkan bahasa ibunda kita, maka di kala ini, patik ingin sekali menyahut seruan si dia untuk bersama mengalunkan bait-bait kata patik didalam bahasa yg indah nian ini..iaitu Bahasa Melayu Classico (itu pun setakat yg patik ingt waktu kelas KOMSAS skola dulu)

arakian..cheritera nya bermula dengan sebuah pers0alan sebagai pembuka madah bicara..

"Mane Nak buat Dulu..Dosa or Taubat?!

adapun jika beberapa orang di panggil untuk menjadi respondan bagi menjawab teka-teki ini..maka pelbagai variasi jawapan bakal terbit dari mulut mereka2 itu..hatta, seharusnya jawapan itu tlah pon melanggar Hukum Mandel yg Kedua, dimana jawapan2 mereka itu tidak melibatkan pernana Allele mahupun gene apatah lagi memerlukan calculat0r untuk di pakai bagi merungkai persoalan di atas..

beberapa jwpn yg direkodkan dari respondan kita :

1- "saya rasa...kita kena buat dosa dahulu..kemudian baru kita taubat..kalo tiada dosa mengapa bayar lebih? Belilah dengan harga borong...eh2 silap..itu tagline Mydin..kalo tiada dosa mengapa perlu taubat?! kan3? " kata salah seorang respondan kita..

2- "saya rasa kita taubat dulu..sebab kita memang da bnyk d0sa..bila da taubat, dosa dah bersih, boleh buat dosa semula...kemudian kita teruskan kitaran itu.." jawab nya selamba..(macam la dia boleh jamin yg die akan mati pada kitaran yg berakhir dgn proses taubat..)

3- "erm..saya agak..kita buat d0sa dulu..nanti bila da kumpul, topup dosa banyak2, baru la taubat..sekali harung r senang hapus semua d0sa..tak gitu?!" sungguh yakin dengan jawapan nyer..

4- "jap2..definisi taubat tu ape?! syarat2 taubat pon saya masih tak brape sure lagi..soalan awak tadi apa?!" masih blur..

5-jawab secara artis popular.."erm..soalan die ape tadi?!..no comment!!! erm..no camera pls..and please, dont write this on newspapers ok?!" takut, gelabah, cuak..

maka..begitulah feedback atau bahasa istana nya maklum balas yg di berikan oleh beberapa orang respondan yang kami jumpai di sekitar kawasan Lembah Klang..

jika anda di tanya soalan yg sebegini rupa..apa yg bermain di minda anda?! jikalau di jawab tanpa menggunakan otak, pasti nampak mudah..dan tanpa di sertai alasan2 yg rational dan munasabah dan munasarawak...tetapi jika di teliti betul2, soalan ini ada "twist" nye yg tersendiri dimana Nujum Pak Belalang juga pasti tidak mampu merungkai persoalan ini..soalan ini perlu di jawab dengan hati yg bersih dari n0da dan akal yg jernih dari prasangka dan was-was..

oleh hal yg demikian..tanpa melengah-lengahkan waktu lagi, di mana jari-jemari ini juga telah letih berdansa di atas papan kekunci ini..maka kita akan terus ke bahagian SKEMA JAWAPAN yg bukan diperoleh dari website Edexcel, mahupun Oxford-Cambridge..hatta skema ini bukanlah dari "past year papers" sepeninggalan senior2 dahulu kala..skema jwpn ini di kupas dari penelitian dari Al-Quran dan As-Sunna semata-mata..

Jika kita selami dalam2, maka kita akan menjumpai kapal Titanic?! eh silap2..kita akan menjumpai satu ke-rational-an dalam persoalan di atas..

soalan: Siapa penerima taubat manusia-manusia penuh d0sa seperti kita?!
jawapan: sudah tentu dan pastinya adalah Allah SWT..

soalan: dan mengapa Allah menerima taubat kita?!
jawapan: kerana itu memang salah satu sifat Allah yakni At-Tawwab (Maha Menerima Taubat)

soalan: bila nama At-Tawwab itu ada?! adakah selepas wujudnya manusia atau sebelumya?
jawapan: sudah tentu dan pasti sebelum segala-galanya ada, sifat dan nama ini sudah ada pada Allah.

soalan: siapakah yang pertama kali membuat d0sa di hadapan Allah?
jawapan: iblis laknatullah, kerana ingkar tidak mahu sujud h0rmat di hadapan Adam as, Sang Manusia pertama..

soalan: siapa manusia pertama yg melakukan d0sa?!
jawapan: Adam as, kerana di gelincirkan iblis dan melanggar perintah Allah utk tidak mendekati pohon khuldi..

soalan: apakah yg dilakukan Nabi Adam as sewaktu di turunkan ke Bumi?!
jawapan: istighfar, mem0han ampun dan taubat kepada Allah atas kesalahan yg di lakukan..dan mem0hon keselamatan dariNya..



maka..cuba kita fikir2kan...yg berbuat d0sa dan bertaubat itu datangnya terkemudian dari yang Maha menerima taubat..adapun nama At-Tawwab itu ada kerana penyifatan "menerima taubat"

jikalau manusia tiada lah di tulis di Luh Mahfuz hidup tanpa d0sa, maka tidak akan ada penyifatan nama ini di dalam Al-Quran untuk Allah..

tidak mungkin wujud penyifatan tanpa adanya perbuatan..

example..

org penah panggil paan TOYOL mase time form 1..ade sebab nya..kerana time f0rm 1 bdn paan kecik, pastu seni0r paksa botakkan rambut..huhu..maka lahirlah generasi toyol intelek..

lagi satu..org panggil paan NYET (short form monyet)..juga ada sebabnya..kerana perbuatan yg tidak menyerupai fitrah seorang manusia..terkinja-kinja dalam d0rm, j0get lambak, dan ke-sengal-an melampaui paras 15 di bawah sifar...

maka dengan itu..nama itu diberi dan di adakan kerana adanya perbuatan yg melambangkan penyifatan..

adapun ada DUA perkara yg berkaitan dengan taubat ini..

DUA KEBAHAGIAAN :

1- tatkala meninggalkan dosa

2- tatkala bertemu dengan tuhan di hari kebangkitan kelak


DUA AIR MATA :

1- menitik saat mengingat masa2 lalu

2- menitik saat mengingat bagaimana umurnya terbuang sia2


DUA SENYUMAN :

1- mengingat kurniaan dan rahmat Allah yg menjadikannya bertaubat

2- tersenyum saat merasakan d0sa telah pergi, meninggalkan dirinya dan dirinya bersih dari n0da..

Ada seperkara lagi berkaitan dengan mengapa perlunya taubat datang mendahului dosa..erm..(skema) mengapakah kita sejuru selepas solat kita beristighfar..?! padahal apa d0sa kita mendirikan s0lat?kenapa hendak mem0hon ampun padahal tiada d0sa bahkan kita baru selesai melaksanakan satu kewajipan?! Rasulullah juga berbuat demikian..

maka..disini kita dapat perhatikan betapa kita mem0hon keampunan dulu sebelum kita berbuat apa2 kesalahan..salah satu rational nya, adalah kerana ingin menjadi hamba yg bersyukur kepada Sang Rabb..dan lagi satu, kerana kita mahu senantiasa berada dlm keadaan yg 'bersih..yg "bersih..yg "bersih..(vide0 ape nih?!..hahaha)

dlm islam..kita disarankan utk d0a mende yg tiada itu seblom die ada..contoh..d0a nabi Ibrahim..long before baginda dpt anak, baginda da doa mintak anak2 dan isteri yg baek sebagai penyejuk mata..dgn istiqamah d0anya maka termakbul sudah d0a tersebut..

begitu juga dgn kita..kalo kita all the tyme doa mintak ampun kat tuhan..maka kita akan senantiasa berada dalam status taubat..tapi bukan sentiasa doa di tambah dengan berbuat d0sa setiap masa..ish3..kalo begitulah perihalnya, maka tiadalah di harapkan akan termakbul doa dan keampunan kita..

arakian..maka kita ini hendaknya senantiasa berada dalam status yg "bersih"..(kata Pak Lah dalam video youtube..)

berbuat d0sa itu lumrah manusia..kerana Nabi Adam as juga bebuat d0sa..akan tetapi yg perlu kita c0ntohi ialah bukan setakat the0ry manusia berbuat d0sa..dgn alasan Nabi Adam juga berbuat demikian..kita perlu melihat lebih detail lagi..dimana Nabi Adam segera bangkit dari d0sa dengan beristighfar dan taubat..(ha yg ni ramai yg tidak mahu ambil kira..)

Theory of BESTEST Human Being:

Manusia itu berbuat DOSA..tapi yg dinamakan "manusia" itu ialah mereka yang bangkit dari kesilapan lalu dan bertaubat dari dosa2 yg silam..bukan sekadar berbuat d0sa kerana itu lumrah manusia..manusia itu tidaklah dilahirkan untuk berbuat d0sa..pilihan telah diberikan..mahu yg KIRI atau yg KANAN..maka pilihlah dengan bijak..

Kalau kita disuruh memilih artis2 pujaan hati..maka itu amatlah mudah bagi kita untuk membuat pilihan..mana satu yg perlu di "AFUNDI" di "VOTE" dalam AF ke Sehati Bedansa ke, Malaysian Idol ke..atau memilih barangan ketika membeli-membayar-dan-membelah..

akan tetapi..jikalau utk memilih mana yg baik dan buruk itu amatlah sukar utk kita buat pilihan..padahal telah pon digariskan bahawa :

"Yang Halal itu JELAS, dan yang Haram itu JELAS..Maka tinggalkanlah perkara2 syubahah"

maka..jika dilihat dari sudut theory nye..membuat pilihan yg baek dan buruk itu mudah..kita sudah tahu mana yg harus dipilih..cuma kita tidak mahu menjadikan yg the0ry itu practical..maka the0ry hanya tinggal the0ry..hyp0thesis tidak dapat dibukti..maka bersiap-sedialah menghadapi mati..yang mana akhirnya kehidupan yg tiada erti..

maka..dengan itu..tunggang dengan selamat..ingatlah orang yg tersayang..anda mampu mengubahnya..

tunggang lah jasad yg roh anda duduki itu dengan selamat..ingtlah org yg tersayang..anda memang mampu untuk mengubahnya..kerana tiada siapa yg dapat mengubah nasib, melainkan diri sendiri..

jangan jadi seperti "aiman" yg tidak kisah...semua perkara yg kita lakukan sama ada ianya d0sa atau pahala..kita akhiri dengan "aiman tak kisah"..maka jgn pula kita menyesal apabila Allah juga "tak kisah" mencampakkan kita kedalam Neraka dengan azab yg pedih setelah umur yg Allah berikan untuk kita muhasabah dan taubat kita bazirkan dengan "aiman tak kisah"..

tammat sudeyh...

p/s: kebuntuan idea utk menulis lebih panjang kerana memikirkan new entry..hahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment