Dengan nama Allah yang MahaPengasih lagi Maha Penyayang…
Selawat dan salam semoga tercurahkan ke atas junjungan mulia Nabi SAW, keluarganya, para sahabat, tabi’in, dan mereka2 yang mengikuti setelah nya…
Setelah lebih kurang 3 bulan, blog ini menyepi, sepi dari rhapsody tari-menari jari2 kecil ini, mengalunkan rentak tari di atas papan kekunci…kini…saya rasa sudah tiba masa nya untuk jari2 kecil ini kembali beraksi semahu-mahunya bagi menghiasi blog usang ini, yang semakin lama semakin pudar di mamah usia…Ampun dan maaf juga buat yang sering berkunjung kemari, namun di kecewakan dengan ketiadaan update2 yang terbaru dari saya…
Maaf Zahir dan Batin…
Oleh kerana kita tlah tiba di bulan suci dan penuh keberkatan ini (kaf-ba-ra-kaf-alif-ta-nun), molek lah kira nya saya yang sudah tidak menulis ini berkongsi sedikit informasi buat tatapan yang sudi berkunjung lagi kemari…
Seperti biasa, blog ini berserta seisi nya tidak lah wajib apatah lagu harus untuk di baca buat yang berkunjung…hal ini kerana sekali lagi ingin di nyatakan bahawa blog ini hanyalah peneman kepada penulis yang sepi…serta nota peringatan buat diri sendiri dalam mengaca dan mencermin diri dalam maksud usaha memperbetulkan diri hari demi hari sebelum jasad ini rebah ke Bumi…
Adapun begitu, blog ini masih berada dalam keadaan yang waras, maka membaca nya dalam kondisi yang tidak waras boleh menimbulkan effect sampingan yang kurang menyenangkan (lagi2 jika jiwa sedang kacau-cepat2 tekan alt+f4).
TAMMAT MUQADDIMAH…
Kenapa ya ada nya bulan yang di panggil Ramadhan ini?! Buat susah2 je
Adakah anda termasuk manusia2 yang punya pola fikir seperti yang tertera di atas?! Ataupun paling busuk pun that kind of thought pernah suatu tika dulu singgah di kotak fikiran anda?! Atau anda semua termasuk yang OK-OK je terhadap Ramadhan – seperti nya rutin2 harian yang perlu di jalani macam tak ada apa2 significant – sekadar tradisi yang boleh kita “taken for granted” ?! Begitukah?!
Kalau Ya, maka anda agak sedikit beruntung kerana mata anda menatap pada monitor PC yang mungkin boleh me-reverse-kan kembali apa yang berada di benak fikiran masing2…
Now, let’s see…Where to start?!
Firstly, jom kita ubah paradigma berfikir kita terhadap bulan Ramadhan ini…Jap2…Anda semua tahukan Paradigma itu apa?! Yang pastinya, Paradigma tak ada kaitan langsung dengan Sukan Paralimpik, ataupun Parasuit hatta Paragliding sekalipun…jauh sekali punya persamaan dengan Para-Para Sakura…hurm…Paradigma juga bukanlah sejenis juadah berbuka puasa, akan tetapi Paradigma itu merupakan cara pandang kita terhadap sesuatu..am I making myself clear?!
Kenapa paradigma?! Psychologist claimed that “You are what you think” : Kamu adalah apa yang kamu fikirkan!!. Untuk mengukuhkan hujjah,kita lihat sepotong hadith Qudsi di mana Allah menyebut “Aku seperti persangkaan hambaKu terhadapKu…” Hal ini menjelaskan betapa pentingnya paradigma.
Jadi, kalau selama ini kita melihat bahawa Ramadhan dan segala pakej2 nya (puasa, tarawikh, sedekah, mengaji, tahan nafsu etc) sebagai satu BEBAN, maka kita sendiri merasa sangat berat untuk melaksanakannya.. Kalau rasa pun dah berat, apatah lagi nak maintain sehari suntuk.. Sejam puasa rasanya seperti setahun…Mulut rasa cramp, gigi rasa nak mengunyah sepanjan masa.. at the end of the day, Puasa kita tidak akan membawa apa2 erti kalau kita berkelakuan seperti di atas…
So macam mana kita nak trigger otak kita untuk kita boleh berpuasa dengan jayanya dan memoticvasikan diri kita untuk tegar di jalan Nya selama 1 bulan penuh (buat yang tiada uzur syar’ie) ?!
Cuba kita bayangkan bahawa Ramadhan ini ibarat nya seperti hadiah ter istimewa dari Tuhan buat hamba nya yang tersayang..Wah..Tuhan hadiakan kita dengan bulan Ramadhan simply because WE ARE SO SPECIAL…sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita baca L-0-V-E latter dari Tuhan – baca slow2, biar terasa kehangatan cintaNya…
“Hai orang-orang yang beriman, di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah:183)
Sekali lagi,
Surat Pink ini di awali dengan kata sapaan yang sangat mengghairahkan (erk?!)… hangat dan menggetarkan. Kehangatannya memberikan semangat. Di awali dengan memberikan PENGKHUSUSAN (specific) kepada ORANG YANG DI TUJU…Imagine (lagi skali) kalau surat pink dalam drama fiction di atas – bunyinya.. “Buat sesiapa je yang menemukan dahulu surat pink ini…” pasti hambar bukan?!
So, lagi dan lagi lets imagine…di antara gazillion manusia yang mendiami Bumi yang sedang di landa Global Warming ini, KITA (mukmin) yang di KHUSUSKAN!!! Kitalah yang secara ISTIMEWA nya mendapatkan love latter ini dari Allah. Wei..KITA: bukan orang lain pun..padahal bersepah orang lain lagi atas Bumi ini yang jauh lebih bijak, pandai, bagus, dari kita…banyak orang yang lagi kaya, hebat, mantap dari kita…dan sah2 lagi banyak orang lain yang jauh lebih hensem, cun, anggun, kacak dan bergaya dari kita…tapi mengapa KITA?!
Once again- simply because we are so special!!!
“(iaitu) dalam hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah bagi ia berpuasa) sebanyak hari-hari yang di tinggalkan itu pada hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya, (wajib bagi mereka) membayar fidyah : member makan seorang miskin. Barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan itu (puasa), maka itulah yang lebih baik baginya. Dan Berpuasa itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui…” (Surah Al-Baqarah:184)
Amazing!!!, ayat ini menunjukkan bahawa cintaNya memang Maha Dahsyat.Dengan penuh concern nya, Allah memahami kelemahan2 kita, beragam halangan2 hambaNya. Islam itu adalah agama yang sesuai dengan kemanusiaan, kerana asal muasal nya juga dari Sang Pencipta manusia itu sendiri. Oleh sebab itu, kelemahan manusiawi kita seperti sakit, musafir, etc pun dapat banyak keringanan (rukhsah)…Procedure nya sangat2 simple – tak berbelit-belit macam nak buat VISA for example…haa..kalau tak boleh puasa, lepas habis Ramadhan boleh qada’…kalo tak larat- tak boleh nak qada’- boleh bayar fidyah (member makan orang miskin selama sehari penuh) sahaja…
**tertakluk kepada terma dan syarat la kan untuk dapatkan Rukhsah nih** (kalo setakat abes class lambat-pukul 4 misalnya, nak dapat rukhsah berbuka…hurm…)
Mari kita teruskan membaca bait-bait surat cinta yang berwarna pink itu:
“(Beberapa hari yang di tentukan itu ialah) bulan Ramadhan. Bulan yang di dalamnya di turunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dengan batil)…” (Al-Baqarah:185)
“…Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu…(Al-Baqarah:185)
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang mendoakan kepadaKu apabila ia berdoa kepadaKu” (Al-Baqarah:186)
Dalam “surat cintaNya”, Allah menjelaskan dengan molek sekali bahawa puasa itu adalah untuk KEBAIKANmanusia. Puasa itu bakal memberikan kebaikan yang banyak bagi manusia, jika mereka mengetahuinya. Bahkan Allah sendiri menjanjikan commitment cintaNya dengan claim – “Jika hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat”…
Waliowei..Kita- manusia biasa, yang lemah dan bergelimang dosa, kadang kala sampai ade sesetengah yang menyelam dalam lautan dosa – ternyata sangat di cintai oleh Nya, sampaikan Allah sendiri buat pernyataan sedemikian (tapi kita tak sedar2 juga)…ntah2 selama ini kita yang menjauh dari Allah sebenarnya – dan bukan sebaliknya…Naudzubillahmin dzalik!!
Hasan al-Banna, member komen tentang ayat di atas: “Hakikat agung yang terkandung di dalam nya adalah bahawa Allah SWT mendorong kita untuk bermunjat dan memohon kepadaNya dalam keadaan yang PALING DEKAT kepada Sang Rabb…
“Agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (Al-Baqarah:186)
So-its stated crystal clear in the Quran that ALLAH LOVE US…Allah menginginkan kita tetap berada dalam kebenaran dan mendapatkan banyak kebaikan. Bahkan, untuk itu pun Allah memberikan banyak sekali kemudahan dan keringanan buat kita.
“ALLAH SANGAT MENCINTAI KITA & RAMADHAN ADALAH SALAH SATU TANDA CINTANYA”
Next, lets jump to the evidence @ proof: Apa buktinya Allah cinta pada Kita?!
Dalam cintan-cintun ala manusiawi, seringkali cinta cuma sekadar apa yang di ucapkan di lidah sahaja. Tak ada bukti yang konkrit. Ala, biasa lah..cinta manusia..Makanya, cinta bukan hanya di lidah semata-mata, tapi memerlukan pembuktian dari apa yang di lafazkan..dengan melestarikan BUKTI baru kita tahu kesungguhan cinta yang di berikan..(wah terlebih sudah!)
“Jika Ramadhan datang, pintu2 Syurga di buka, pintu2 Neraka di tutup, Syaitan2 di belenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah yang Maha Besar – “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Wahai pencari kebaikan, kemarilah! “ (Shahih Al Bukhari & Muslim)
Hadith di atas menunjukkan kita bahawa Ramadhan adalah moment khusus yang di berikan buat kita Cuma setahun sekali…its like a Love Moment- a very special one!!! Banyak betul bonus2 istimewa yang hanya di berikan oleh Allah dalam moment istimewa ini – only during this short period of time (Sebulan je..tak lama)
Berdasarkan penyelidikan yang saksama oleh para “Detective2 kebenaran”, inilah BUKTI-BUKTI yang tak boleh di bantah. Tidak sama sekali, apatah lagi tiada di temukan alibi yang boleh mematahkan bukti-bukti di atas…
Syurga yang di dalamnya terdapat banyak kenikmatan yang belum pernah di rasakan seorang pun manusia di dunia – DI BUKA LUAS-LUAS. Seakan-akan terbuka untuk public. Kandang Lembu atau Kambing yang rosak pun pintu nya tak pernah terbuka seluas-luas begitu. Syurga yang Maha Indah dari itu malahan di buka seluas-luasnya buat siapa?! K-I-T-A…
Berikut merupakan beberapa gambaran tentang Syurga yang di lakarkan oleh Allah dalam Al-Quran. Allah melukisnya dengan gambaran yang sangat dekat dengan nikmat2 seharian kita (analogi paling similar untuk mudah di fahami). Namun, kita perlu yakin bahawa Syurga yang di sana pastinya jauh lebih lebih luar biasa daripada apa yang kita imaginasikan dalam benak kita…
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan..
Iaitu kebun-kebun dan buah anggur,
dan gadis-gadis remaja yang sebaya,
dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman).
Di dalamnya, mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak pula dusta,
Sebagai balasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak,
Tuhan yang memelihara langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya;
Yang Maha Pemurah…” (Surah An-Naba’:31-37)
KEDUA:Pintu Neraka DI TUTUP
Neraka adalah tempat terakhir yang bakal di pilih jika manusia punya pilihan untuk hidup di mana2 yang mereka suka.Berulang kali di sebutkan dalam Al-Quran bahawa nerakalah “SEBURUK-BURUK TEMPAT UNTUK KEMBALI”
“Dan orang-orang yang kafir terhadap Tuhannya memperoleh azab Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”. (Surah Al-Mulk:6)
Cuba rasakan betapa scary dan terror nya keadaan Neraka itu. Visual neraka di gambarkan melalui kata-kata yang seolah-olah nyata melalui ayat di atas. Neraka, berserta pakej kengerian nya, di visual kan sangat hidup!!!
“Apabila mereka di lemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan…sedang mereka itu menggelegak..! Hampir-hampir neraka itu pecah lantaran marah…! (Surah Al-Mulk: 7-8)
Jelas sekali- thriller dan terror dari movies seperti Friday the 13th, Nightmare on The Elm Street (and any other horror movies, you named it) tak standing dengan horror nya neraka. Neraka yang luar biasa luasnya, penuh pula dengan api yang menggelegak, meraung dan mengerikan, sangat2 MARAH pada manusia2 yang malahan boleh pula BERATUR untuk memasukinya…
That’s only the intro. The ‘best’ part is..
“…menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampui batas, mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya…” (Surah An-Naba’:22-23)
Hurm…dahsyat tak dahsyat la kan…Ok..Pernah tak anda masuk ke bilik yang tak ada tingkap-ventilation fan pun tak ada..rasa pengap, panas, sesak nafas, nak sangat cepat2 keluar dari situ kan..Cuba imagine pulak kalau di campakkan ke dalam neraka, tinggal di dalamnya – “berabad-abad lamanya…” Padahal, even 1 minute pun pasti dan pasti sudah sangat menderita..Uish!!! Naudzubillahi min dzalik!!!
“…mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya, dan tidak pula mendapat minuman…selain air mendidih dan nanah…” (Surah An-Naba:24-25)
Lagi dan lagi, cuba anda imagine…Anda sedang naik train (KTM, Putra, LRT, Monorail etc) dari KL Sentral ke Shah Alam during Peak Hours. Train penuh sesak dengan manusia. Di luar, Matahari pula berdiri megah dengan teriknya-memancarkan sinaran direct to the train, sampai boleh nampak wap air evaporate dari track kereta api yang di lalui. Air cond dalam train pulak rosak. Pergh!!! Terasa haus sangat2 kan. Lepas tu ada budak kecik duduk di depan kita, tak puasa, meneguk air RIbena Lemon Twist semahu-mahunya…Aiseyh…boleh bayang tak azab nya duduk dalam train macam ni?!
Itu baru panasnya dunia. Di neraka nanti rasa hausnya pasti dan pasti jauh berlipat kali ganda dari situasi di atas. Tekak kering, tubuh kepanasan sampai kulit2 menggelupas…
“Sesungguhnya Neraka itu api yang bergejolak…yang menggelupaskan kulit kepala..” (Al-Ma’arij:15-16).
Pasti air sejuk menjadi sesuatu yang di impikan oleh para penghuni neraka. Sayangnya, di neraka tak akan pernah ada yang namanya air sejuk…yang di sediakan Cuma air mendidih dan nanah!!! (bukan nya menghilangkan haus, ber tambah2 haus lagi ada!!!) Naudzubillahi min dzalik!!!
Haa..nasib baik adanya Ramadhan! Kerana besarnya cintaNya, pada bulan teristimewa ini Allah memberikan HADIAH yang istimewa buat kita. Neraka, yang raungan nya menyeksakan telinga bagi sesiapun yang mendengar nya, bakal di tutup rapat2..(usually, bersepah orang beratur untuk masuk neraka)
“…memanggil orang yang membelakang dan berpaling (dari agama), serta mengumpulkan (harta benda) lalu menyimpannya…” (Al-Ma’arij:17-18)
KETIGA: Syaitan di Belenggu @ Ikat + Rantai
“…Sesugguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu…” (Surah Yaasin:60)
Syaitan-dengan variasi yang pelbagainya, adalah musuh yang nyata bagi manusia-DULU-KINI-dan SELAMANYA…Dari dulu lagi permusuhan ini sudah mengakar dalam diri mereka. Kita imbas kembali peristiwa mereka menggelincirkan Adam a.s dan isterinya Hawa dari Syurga suatu ketika dahulu.
“…lalu keduanya di gelincirkan oleh syaitan dari Syurga itu dan di keluarkan dari keadaan semula (kenikmatan syurga), dan kemudian berfirman: ‘Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh dari sebahagian yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di Bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang di tentukan” (Surah Al-Baqarah:36)
Nasib baik, Adam a.s segera menyedari kesalahannya, dan bertaubat. Dengan cintaNya yang sangat mendalam dan ampunNya yang luas, Allah mengampuninya…
“Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang…Kami berfirman: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barangsiapa mengikuti petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati…” (Surah Al-Baqarah:37-38)
Sangat jelas akan pe’el syaitan ini. Konspirasi yang di rancangnya dengan begitu molek tidak berhasil dengan sempurna. Manusia masih selamat, asalkan jika datang petunjuk kebenaran, mereka mengikutinya. Maka bermulah episode baru-sebuah konspirasi sepanjang masa. Iblis dan syaitan2 serta keturunannya membangunkan gerakan bawah tanah- “Yakuza Syaitan” yang bermisikan: menyesatkan anak cucu Adam sampai Kiamat dan menghalangi mereka dari petunjuk kebenaran.
Mereka beraksi dengan teknologi yang luar biasa canggih. Mereka melakukan operasi mereka- “Ops Sesat” setiap saat, dari atas-bawah-kiri-kanan-depan-belakang! Kata Rasulullah saw mereka beroperasi via our blood vessels. to put it simple-selama kita masih hidup, selagi mana mengalirnya darah in our vein, kita bakal terus menerus di goda oleh syaitan dan konco2 nya. Berduet dengan Nafsu- pasangan Syaitan-Nafsu ini terus beraksi-bergelut dengan fitrah.
Maka..di bulan Ramadhan, syaitan di eliminate dari competition ini (no longer appear in food chain-not even the bottom of the chain) Tinggal lagi Nafsu yang boleh menghalangi fitrah kita. Para syaitan2 yang berkaliber- berdasarkan apa yang di katakan Rasulullah-DI BELENGGU. Mereka tak akan boleh lagi bermaharajalela menggoda manusia. Tapi yang aneh nya, sepertinya ada sebilangan manusia- dengan pengaruh nafsu- terasa “Rindu pada Syaitan” dan seakan-akan berkata: “Come on syaitan, goda la kitorang lagi!!!” – berdasarkan perilaku serong mereka di bulan mulia ini.
Hurm..One more thing…jangan pandang rendah terhadap pasangan duet nya syaitan ini- Nafsu! Walaupun tiada geng, Nafsu sendirian masih cukup perkasa untuk menaklukkan hati2 manusia yang lalai. So keep on figting, tundukkan nafsu kita di bulan mulia ini…
KEEMPAT: Pahala di Lipat-gandakan
Seharusnya, di bulan mulia ini kita BERBURU PAHALA dan bukannya berburu SALE di mall…
Example- pahala mengucapkan tasbih. Ucapan tasbih yang di lantukan bulan Ramadhan di beri ganjaran 1000 @ Seribu @ One Thousand compare to bertasbih di hari2 biasa. Kata Rasulullah : “Sekali bacaan tasbih di bulan Ramadhan lebih utama dari seribu kali tasbih di bulan-bulan lainnya…(HR At-Tirmidzi)
Hadith lain- “…Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan satu perbuatan baik (sunat) di dalamnya, dia bagaikan melakukan satu perbuatan wajib di bulan lain. Barangsiapa melakukan satu kewajiban (wajib) pada bulan ini maka dia sama dengan orang yang melakukan tujuh puluh kewajiban di bulan yang lain…”
(Sunnah di beri ganjaran wajib- yang Wajib di hargai dengan 70x ganda..Mantap tak?!)
“Maka, nikmat Rabbmu yang manakah kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman – di ulang sebanyak 31x dalam surah ini!!!)
KELIMA: Menghapus Dosa-Dosa kita
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Solat lima waktu, dari Jumaat menuju Jumaat berikutnya, DARI RAMADHAN HINGGA RAMADHAN BERIKUTNYA adalah penghapus dosa-dosa di antaranya, apabila di tinggalkan dosa-dosa besar.” (HR Muslim)
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap Redha Allah, akan di ampuni dosa-dosanya yang terdahulu...” (HR Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah)
Manusia adalah tempatnya salah dan lupa, begitulah pepatah Arab berkata-kata. Makanya, manusia seperti kita pasti dan pasti banyak sangat2 dosanya.
Kalau lah dosa itu sesuatu yang visible – misalnya sampah, dah tentu berguni-guni kita hasilkan sampai dah tak tahu lagi nak buang ke mana. Boleh jadi lori sampah Alam Flora itu pun tak mampu lagi nak kutip hari2- dan yang lagi teruk pusat perlupusan sampah penuh sesak (sikit2 lama2 jadi bukit…erk?!)
Untungnya Allah itu Ar-Rahman, Ar-Rahim, Maha Luas AmpunanNya, jauh lebih luas dari kejayaan kita mengumpul dosa sehari-hari. Ramadhan yang berasal dari kata “Ramdhan” bererti “MEMBAKAR”. Ini adalah bulan untuk membakar dosa-dosa kita yang menggunung. Jadi, mari lah sama2 kita manfaatkan peluang keemasan ini untuk men-delete-kan dosa2 dari account kita di bulan Ramadhan ini!
Sebagai konklusi-tak semua manusia di beri peluang dan kesempatan serta umur yang panjang untuk dapat bertemu dengan Ramdhan setiap kali ia tiba...ada yang pergi terlebih dahulu-just before Ramadhan come...so, kita yang masih hidup ini gunalah HADIAH TERISTIMEWA pemberian Tuhan yakni Ramadhan ini untuk Memanusiakan kembali Diri kita...
*ampun & maaf kerana post terlalu panjang-Qada' yang 3 bulan lepas punye entry"
Wallahualam bisshawab...Salam Alayk...
TAMMAT CHERITERA









